in

“Dah lama teringin tapi tak mampu”- Gadis Orang Asli Menangis Selepas Terima Hadiah Telekung

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya ada yang lagi susah dari kita. Ada yang tak berkemampuan macam kita. Benda ‘basic’ pun belum tentu diorang ada.


Mengenangkan nasib orang yang kurang berkemampuan, usahawan wanita ini yang merupakan pemilik jenama Munawwareen mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk membuat amal kebajikan dengan memberikan telekung kepada komuniti di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong,Selayang.

Perkara ini dikongsikan melalui video yang dimuat naik di Instagram Munawwareen pada 1 Mei lalu yang mendapat hampir 50 ribu tontonan.

 

Kali ini lebih menyentuh hati

Sebelum ini, pemberian telekung kepada orang yang kurang berkemampuan diterima dengan baik dan mereka pun gembira juga dapat telekung baru.

Tapi, pemberian kali ini agak berbeza dan menyentuh hati kerana dapat tengok sendiri tangisan jujur dari hati si penerima. Kata Puan Hajah Aliza Abu Bakar yang merupakan pemilik jenama itu, dia belum pernah tengok ada orang sebak dapat hadiah telekung.

Air mata sebak dari seorang gadis remaja bernama Azura binti Anjau ini buatkan usawahan ini  tersentuh hati.

Uv

“Biasanya orang yang berumur je excited dapat telekung.”

Lebih mesra dipanggil Aliza, dia bertanya kepada Azura apabila dia melihat gadis itu menangis sebak.

“Saya sudah lama nak telekung cantik dan mewah tapi belum ada rezeki untuk beli.”

 

Bersyukur dapat kongsi rezeki

Mengenang semula kisah itu, air mata yang cuba ditahan jatuh juga ketika dalam perjalanan pulang. Dia rasa bersyukur sangat sebab dapat kongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dan amat terharu bila diorang menerima pemberian tersebut dengan hati yang terbuka.

Semoga dengan pemberian telekung itu akan buatkan diorang lagi rajin untuk beribadah nanti. Suka la tengok ada orang yang baik macam ni.

 

Sumber:Munawwareen HQ Official

Baca:”Takde duit bos tak byr gaji 3 hari”- Terserempak Keluarga Orang Asli Terpaksa Jalan Kaki Dari Tg Malim Nak Ke Bentong

Capture 23

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.