in

“Dah jadi saya terima” – Alyah Respon Isu Dibandingkan Dengan Siti Nordiana

Ft Alyah Siti Nordiana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak malam tadi, isu mengenai kenyataan Hetty Koes Endang ketika memberikan komen persembahan kepada Siti Nordiana dalam konsert akhir All Star Gegar Vaganza menjadi buah mulut warganet sehingga sekarang.

Kata-kata Hetty atau lebih mesra dengan panggilan Bonda yang telah membandingkan persembahan Siti Nordiana mendendangkan lagu daripada Datin Alyah yang berjudul Kisah Hati mengundang kemarahan orang ramai kerana mengatakan nyanyian lebih baik daripada penyanyi asal sedangkan Datin Alyah berada di tempat penonton.


Artikel Berkaitan : Hetty Koes Endang ‘Claim’ Nyanyian Nana Lagi Sedap Dari Alyah, Tapi Netizen Tak Setuju Sebab….

Artikel Berkaitan : “Hati kau keras Ramli” –  [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Datin Alyah Tak Percaya Dapat Bunga Dari Tok Ram

Dilihat Datin Alyah seolah-olah seperti kurang senang dengan kritikan itu, Datin Alyah ada repost kecaman yang netizen berikan terhadap Bonda.

Namun begitu, ada individu yang dipercayai dari fan club Siti Nordiana memohon maaf kepada Datin Alyah. Jadi, Datin Alyah menyatakan bahawa perkara itu sudahpun berlaku  dan dia terima dengan hati terbuka.

Malah jelasnya lagi, tujuan dia hadir ke ASGV itu adalah disebabkan Siti Nordiana yang mendendangkan lagunya.

Screenshot 2023 12 11 174125

Hurm, bagi min setiap penyanyi ada keistimewaan mereka tersendiri bagi min dua-dua nyanyi sedap.

Sumber : X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.