in

“Dah hilang malu ke?” – Netizen Kecam Wanita ‘Menggeletis’ Tengok Gambar Atlet Angkat Berat

Menggeletis Komen

Sukan Komanwel 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya, dan pasti ramai yang bangga dengan pencapaian atlet-atlet kebangsaan yang berjaya membawa pulang sebanyak 23 buah pingat termasuk 7 pingat emas, 8 pingat perak serta 8 pingat gangsa.

Skuad angkat berat merupakan antara penyumbang besar dalam acara berprestij itu, mereka menyumbang 2 pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Atlet yang menyumbangkan pingat perak dalam acara 73kg lelaki, Erry Hidayat baru-baru ini menjadi sebutan ramai kerana gambarnya bersama pingat perak yang dimenanginya mendapat perhatian ramai.

Gambar atlet kebangsaan itu kemudiannya dimuat naik oleh netizen ke laman Facebook dan menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen kerana terdapat beberapa individu meninggalkan komen yang berbaur lucah.

Eh

Apa yang menyedihkan, komen-komen tersebut diberikan oleh kaum wanita dan ramai netizen yang merasakan mereka yang membuat komen tersebut seperti sudah hilang perasaan malu dan pastinya ia sesuatu yang tidak sopan.

Eh2

Ish, korang ni. Jagalah bahasa tu sikit, kan dah malu…

Baca: “Top 10!” – ; Kontinjen Malaysia Di Sukan Komanwel Lepasi Sasaran, Bawa Pulang 7 Pingat Emas!

Komanwel 2022