in

“Dah hilang akal ke?” – 4 Remaja Perempuan Dera Bayi Setahun Sampai Mati Sebab Tak Tahan Dengar Dia Melalak

Collage 45

Kadang-kadang memang kita tak faham macam mana orang boleh tergamak nak berlaku kejam, lagi-lagi yang buat semua ni adalah remaja belasan tahun dan mangsanya hanyalah seorang bayi.

Namun, ini yang berlaku kepada seorang bayi berusia 20 bulan yang maut didera oleh sekumpulan remaja di Semporna, Sabah baru-baru ini.

Menurut Awani, tragedi ini berlaku apabila empat remaja perempuan berusia diantara 16 dan 19 tahun telah diminta untuk menjaga bayi malang ini.

Child Sexual Abuse Cover

Ibu tunggal berusia 23 tahun yang tinggal bersama mereka telah meminta empat remaja untuk tengok bayi ini sementara dia keluar menyelesaikan urusan peribadi. Bagaimanapun, apabila ibu ini pulang, dia melihat bayi lelakinya kelihatan lemah dan pucat.

Saksi kejadian mengatakan, empat remaja ini dikatakan telah bertindak kasar terhadap bayi ini.

Kecederaan bayi ini dikatakan berpunca selepas empat remaja ini, memukul, melempang, menyepak dan mencampak bayi ini ke atas tilam sebelum salah seorang dari remaja ini memijak belakang bayi tersebut. Ya Allah kejamnya!

Tak cukup dengan itu, ketika mereka menarik bayi ini dari tilam tersebut, kepala bayi telah terhantuk di besi katil.

Ketika bayi malang ini dibawa ke Hospital Semporna, terdapat beberapa lebam dan luka di bahagian tubuh bayi ini dan dia dalam keadaan kritikal.

Malangnya, bayi ini tak sempat diselamatkan dan meninggal beberapa jam selepas dia dibawa ke hospital.

Empat remaja perempuan warga asing ni telah ditahan dan bila diperiksa, tak ada seorang pun berada di bawah pengaruh dadah. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca utama kemarian bayi ini.

Polis percaya yang empat remaja ini melakukan penderaan ini kerana bayi ini tak mahu berhenti menangis dan dikatakan menyesal dengan tindakan mereka.

Dilaporkan, sejak ditahan, empat remaja ini tak berhenti menangis. Nak menangis pun dah terlambat, patut sebelum buat tu fikir dulu.

Harapnya dorang dikenakan hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang dorang buat ke atas bayi yang tak berdosa tu.

 

Baca: Didera Sampai Patah Peha, Bapa Bengang Suspek Masih Belum Boleh Dituduh

Screenshot 2019 09 23 At 1.08.18 Pm