in

“Dah beritahu nenek, tapi seorang pun tak percaya” – 3 Beradik 1 – 5 Tahun Sering Di Cabul Bapa Kandung

Child Abuse Generic 650X400 71469452733

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang, budak-budak mana pandai menipu, apabila dia ada perkara yang diadukan perlu nilaikan walaupun ia kedengan seperti perkara yang remeh.


Kesiannya dengan nasib 3 beradik yang berumur 5 tahun, 3 tahun dan setahun ini. Mereka sering dicabul oleh bapa kandung sendiri, paling sedih sekali anaknya pernah mengadu kepada ahli keluarga lain tapi masing-masing tak nak percaya.

Masukkan jarinya kedalam alat sulit mereka

Menurut The Star, ketiga-tiga beradik itu mering ‘diserang’ oleh ayahnya. Ibunya yang bekerja sebagai seorang eksekutif pemasaran, mengetahui tentangnya setelah salah seorang mangsa mengadu pada neneknya pada 16 Oktober lepas.

Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff, berkata mangsa yang berusia 3 tahun ini beritahu kepada ibunya bahawa bapa mereka memasukkan jari ke dalam kemaluan dan duburnya.

Buat laporan polis selepas kumpul semua maklumat, mendapati lagi 2 beradik terkena perkara yang sama

“Ibu hanya membuat laporan polis pada 23 Oktober selepas mengumpul semua maklumat daripada anak perempuannya.”

Dia menambah bahawa pasangan itu telah berkahwin selama lapan tahun dan mempunyai empat orang anak, termasuk anak lelaki berusia tujuh tahun.

“Penyiasatan awal menunjukkan bahawa gadis berusia tiga tahun itu memberitahu neneknya tentang serangan bapanya pada tahun 2017 tetapi tiada siapa yang percaya kepadanya,

Pada awalnya tiada siapa yang nak percaya, selepas dihantar ke hospital, terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa.

 Ketiga-tiga kanak-kanak perempuan tersebut telah dihantar ke Hospital Kajang untuk diperiksa.

“Doktor mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa tetapi tidak ada tanda serangan terhadap dubur,” katanya.

Bapanya ditangkap kira-kira pukul 7.45 pagi pada 25 Okt di tempat kerjanya di Sungai Long.

“Dia ditahan reman dan kami telah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

Pesalah boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Baca: “Mangsa berteriak kesakitan” – Budak 7 Tahun Mangsa Gempa Palu Dirogol 3 Lelaki

Rogol 1 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.