in ,

“Dah banyak kes pun berani lagi” – Bayi 5 Bulan Diberi 10 Jenis Dadah Oleh Pengasuh Mak Jumpa Dekat Komen FB

Seorang pengasuh telah ditahan atas tuduhan meracun dua bayi dengan dadah seperti pil tidur, ubat anxiety dan antihistamines.

Menurut Today Online, Sa’adiah Jamari akan dihadapkan ke mahkamah pada 18 February 2020 atas dua tuduhan meracun bayi berusia lima bulan dan 11 bulan pada tahun 2016.

Dikatakan, dia telah disenaraikan sebagai jururawat freelance sejak tahun 2002 sebelum diambil bekerja oleh seorang ibu dari Singapura.

Ibu ini telah membuat posting di Facebook mengatakan yang dia sangat terdesak untuk mencari pengasuh Muslim bagi menjaga dua anak perempuannya yang berusia lima tahun dan lima bulan.

Sa’adiah kemudiannya memberikan komen di posting ibu tersebut dan kemudiaannya diambil bekerja sebagai pengasuh.

Sejak Sa’adiah mula bekerja, ibu kepada bayi malang ini mula perasan perkara-perkara yang pelik seperti bayinya yang berusia lima bulan sering merengek dan tak boleh nak duduk diam.

Bukan tu je, tak seperti sebelum ini, bayi ibu ini mula tak berikan apa-apa reaksi seperti senyum bila diagah.

Tak lama kemudian, ibu ini mula perasan yang anaknya sering kelihatan mengantuk bila jemput dari rumah Sa’adiah.

Masa awal-awal, bila saya ambil dia selalu nampak mengantuk. Tapi saya hanya ingat dia macam tu sebab baru bangun tidur.”

Saya tak fikir benda yang bukan-bukan. Tapi makin lama anak saya semakin mengantuk sampai mata dia bengkak dan bahagian atas matanya seakan-akan jatuh.”

Keadaan menjadi lebih teruk bila sebulan kemudian, anak wanita ini mula membaling botolnya ketepi bila nak beri susu dan tak boleh nak fokus suara datang dari mana bila ibu ini cuba bercakap dengannya.

Pada 9 Disember 2016, ibu ini melihat bayinya sangat mengantuk dan tak mampu nak buka matanya bila diangkat. Tambah lagi, mata anaknya juga menjadi merah dan tak boleh nak kawal pergerakan tangan.

Nenek bayi ini kemudiannya menyuruh ibu tersebut membawa anaknya ke hospital untuk diperiksa.

Saya beritahu doktor yang anak saya kelihatan khayal macam orang ambil dadah dan kepalanya terkulai macam tak ada tenaga.”

Doktor kemudiannya jalankan beberapa ujian dan mendapati kandungan glukosa dalam badan bayi ini sangat rendah.

Bayi ini kemudiannya ditahan selama lima hari di dalam hospital dan ibu tersebut telah berhenti menghantar anak-anaknya kepada Sa’adiah.

Ibu ini membuat laporan polis selepas laporan toksikologi menunjukkan anak kecilnya ini telah diberikan 10 jenis dadah berlainan!

Pada penghujung Disember, ibu ini terjumpa satu posting di Facebook tentang seorang pengasuh yang dipercayai telah memberikan dadah kepada kanak-kanak. Bila ibu ini hubungi wanita yang membuat posting tersebut, dia dapati wanita itu juga hantar bayinya kepada Sa’adiah untuk dijaga.

Haih, orang sekarang ni memang tak boleh percaya. Banyak sangat kes, tak boleh hantar sembarangan je.

 

Baca: “Dah hang tak reti jaga anak” – Lepas Geram Punya Pasal, Pengasuh Potong Rambut Anak Jadi Pendek Sebab…