in

“Dah hang tak reti jaga anak” – Lepas Geram Punya Pasal, Pengasuh Potong Rambut Anak Jadi Pendek Sebab…

Collage 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak sakit hatikan kalau anak yang kita hantar dekat pengasuh tiba-tiba balik dah berubah rupa paras?

Macamtu juga perasaan ibu ini, Wan Nurul Awanis bila dia hantar anaknya ke rumah pengasuh dalam keadaan berambut panjang sekali balik tiba-tiba rambut dah pendek.


Kerana tak puas hati dengan tindakan pengasuhnya, ibu ini telah memuatnaik gambar-gambar anaknya dan screenshot perbualan antara dia dan pengasuh tersebut di Facebook.

Menurut Wan, sebelum ini rambut anaknya, Ainul dah pernah dipotong pendek tanpa izin oleh pengasuhnya kemudian dorang potong jadi lagi pendek. Betul lah siapa tak marah kan?

74354265 2909671309062959 1691902985010937856 N

“Rimas sangat tengok panjang-panjang tapi tak ikat”

Bila ditanya, pengasuh ini menjelaskan sebab dia potong rambut Ainul kerana panjang sangat dan selalu tak diikat. So, sebabkan dorang tak ada masa nak ikat rambut, dorang potong je lah. Fuh

75398193 2907928562570567 427369449478160384 N

Wan kemudian menjelaskan, walau apa pun sebabnya, sebagai emak dia mestilah ada hak untuk diberitahu. Lepastu potong pun tak kemas. Betul jugak tu…

Pengasuh ini kemudian jelaskan lagi yang salah satu sebab lain kenapa mereka buat keputusan untuk potong rambut anaknya kerana bila tidur, air liur meleleh sampai kena rambut. Malah menurutnya, mereka tak dibayar untuk ikat rambut budak tu.

73375652 2907933219236768 5412250416115089408 N

Tak terhenti setakat itu, perbualan mereka jadi bertambah hangat bila pengasuh ini mula menuduh Wan tak ambil anak on time dan tak hormat pengasuh. Pulak dahhh

72699251 2907928805903876 5155172481438318592 N 72845397 2907928865903870 1829228946483314688 N74376551 2907928955903861 4636303241959702528 N

Pun begitu, tak ada penjelasan dari pihak Wan sama ada betul atau tak dia akan saman pengasuh tersebut kerana potong rambut anaknya tanpa izin.

Ni kes pengasuh tak puas hati tapi lepas kat anak ke? Apa-apa pun, admin tak rasa tindakan pengasuh tu potong rambut anak tanpa izin ibu bapa tu betul. Tak pasal-pasal je anak jadi mangsa.

 

Baca: “Biar saya cium kaki ibu” – Video Pengasuh Menangis & Merayu Lepas Kantoi Letak Ubat Tidur Dalam Susu Bayi

Screenshot 2019 10 31 At 3.57.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.