in

Cuti Bersalin Naik Kepada 98 Hari, Waktu Kerja Turun Ke 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari

Ft Menteri Sumber Manusia Cuti Bersalin 98 Hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar telah mengumumkan bahawa penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan itu bakal dilaksanakan pada 1 Januari 2023.


Ia sepatutnya berkuat kuasa pada 1 September lepas sebelum diumum tangguh ke tahun depan oleh Datuk Seri M Saravanan saat memegang jawatan menteri tersebut dalam pengumumannya pada 26 Ogos lepas.

Tambah beliau, walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan itu, terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

 

Pindaan Akta Kerja 1955

Lapor Sinar Harian, berikut merupakan senarai pindaan tersebut :

  • Pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu
  • Penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari
  • Cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari.
  • Larangan diskriminasi dalam pekerjaan.

“Saya rasa perkara ini harus kita teruskan, sebab undang-undang ini telah lulus di Parlimen dan sebahagian besar daripada pindaan ini adalah berdasarkan kepada Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan ia (akta) adalah sebagai jaminan kepada pekerja.”

Screenshot 2022 12 22 132546

Kata Sivakumar lagi, di bawah pindaan Akta Kerja 1955 itu, ia turut mewajibkan keperluan untuk mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) seperti yang termaktub di bawah Seksyen 60K (4).

Menurutnya, Seksyen 60K (4) bertindak sebagai langkah awal yang efektif dalam memastikan majikan yang bakal menggajikan pekerja asing di Malaysia memiliki rekod bersih dari aspek kepatuhan kepada standard perburuhan.

“Kewajaran untuk majikan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah JTKSM adalah kerana permohonan yang ditolak sebelum ini susulan kegagalan majikan mematuhi undang-undang perburuhan.”

Atasi isu kekurangan pekerja asing

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meneruskan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk atasi isu kekurangan pekerja asing dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan.

Sivakumar Interview Pic

“Kita pandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan KDN untuk pastikan kita mempunyai tenaga kerja mencukupi dalam tempoh terdekat.”

Setakat ini, KSM telah memberi hampir 700,000 kelulusan untuk membawa masuk pekerja asing ke Malaysia.

Baca : Kerajaan Cadang Pinda Akta Kerja 1955 Dalam Norma Baharu, Gaji Lebih Baik & Waktu Kerja Lebih Fleksibel

Asas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.