in

Kerajaan Cadang Pinda Akta Kerja 1955 Dalam Norma Baharu, Gaji Lebih Baik & Waktu Kerja Lebih Fleksibel

Asas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan kini bercadang untuk meminda Akta Kerja 1955 bagi pengenalan cuti paterniti, peningkatan tempoh cuti bersalin, sistem aturan kerja fleksibel dan penambahbaikan pelindungan bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja.

Menurut Sinar Harian,  Awang Hashim yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, cadangan meminda Akta Kerja 1955 itu adalah bagi menambah baik standard minimum pekerjaan, selaras dengan standard perburuhan di peringkat antarabangsa.


Selain itu dalam memperkemas pelaksanaan waktu kerja yang lebih fleksibel dalam membantu pekerja mendapat bayaran gaji yang setimpal, kementerian juga bercadang untuk mewujudkan peruntukan baharu berhubung sistem aturan kerja fleksibel di bawah Akta Kerja 1955, bersesuaian dengan pasca Covid-19.

Maxresdefault 1

“Peruntukan ini juga akan memperincikan berhubung permintaan bertulis daripada pekerja kepada majikannya untuk mengubah terma dan syarat pekerjaan pekerja berhubung dengan fleksibiliti pekerja berkenaan termasuk jam dan hari bekerja serta tempat pekerjaan berdasarkan syarat tertentu yang dipersetujui oleh majikan dan pekerja,”

Beliau berkata, usaha itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kos seseorang pekerja dalam menjalankan tugas selepas ini.

Awang berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang yang ingin tahu adakah kerajaan akan mengkaji undang-undang buruh dan memperbaharui pasaran buruh, ketika persidangan parlimen hari ini.

Menjawab soalan tambahan Jugah sama ada kerajaan merancang menawarkan gaji yang lebih baik kepada rakyat Malaysia, Awang Hashim berkata sehingga kini 56 majlis bandar raya dan majlis perbandaran telah melaksanakan kadar gaji minimum RM1,200 sebulan dan usaha untuk memastikan semua pihak melaksanakan kadar gaji yang sama akan diteruskan.

Baca: Gaji RM1.8k Dan Pulang Pukul 10 Malam Setiap Hari, Jurutera Ini Basuh Majikan Melalui Email

A 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.