in

Cuepacs Harap Ada Bantuan Khas Sempena Aidilfitri Buat Penjawat Awam

Ft Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam 2024

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini mengalu-alukan sekiranya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri kepada semua penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Menurut presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, bantuan yang lazim diberikan setiap tahun tersebut adalah wajar sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam bagi meringankan beban dalam membuat persiapan menyambut perayaan tersebut.


Tambahnya lagi, bantuan yang kebiasaannya bernilai RM500 yang disalurkan kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara tersebut adalah sesuatu yang baik untuk diteruskan.

Kos Cuepacsnews

Perkara tersebut disampaikan Adnan ketika ditemubual oleh pemberita dalam satu majlis yang dihadiri olehnya di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pihaknya juga berterima kasih kepada kerajaan bagi pemberian Insentif Awal bernilai RM2,000 kepada penjawat awam baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Skim Pencen Penjawat Awam Sedia Ada Tidak Akan Terjejas, Hanya Yang Baharu – Menteri Kewangan II

Artikel berkaitan : Isu Pemansuhan Pencen Bagi Penjawat Awam Baharu Juga Terpakai Kepada Ahli Politik – PM

Menurutnya, pemberian tersebut sedikit sebanyak meringankan beban dan memberikan kelegaan kepada penjawat awam bagi membuat perbelanjaan awal persekolahan, menyambut Ramadan dan ada sebahagiannya disimpan untuk Aidilfitri.

Walaupun Cuepacs tidak mendesak dalam pemberian bantuan tambahan khas tersebut, namun ianya dialu-alukan.

Img 20230414 Wa0073

Sementara itu, Adnan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu mencadangkan kepada kerajaan bentuk kebajikan yang sesuai untuk penjawat awam akan datang, termasuk cadangan supaya kerajaan meningkatkan skim caruman KWSP untuk majikan dan pekerja pada kadar bersesuaian, atau tidak kurang 26 peratus daripada gaji asas penjawat awam baharu.

Tambahnya lagi, cadangan itu perlu lebih baik daripada skim pencen yang ada pada hari ini dan sesuai untuk generasi akan datang.

Jelas beliau, penjawat awam akan datang tidak perlu merasa gusar kerana beliau yakin bahawa majikan iaitu kerajaan amat prihatin dengan nasib penjawat awam, sekali gus memastikan mereka juga akan mendapat faedah lebih baik.

Sumber : Buletin TV3

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.