“Sabar ada batas”, kata Saliza Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Zack Kirana setelah hilang sabar dengan segelintir warganet yang tiada batas dalam memberikan teguran serta kritikan terhadapnya.
Menerusi Instagram miliknya malam tadi, guru Bahasa Melayu ini menyatakan bahawa beliau sudah membuat laporan polis terhadap segelintir warganet. Dalam gambar tersebut, dilihat guru yang berpersonaliti ranggi ini menunjukkan laporan polis itu di hadapan IPD Petaling Jaya.
Hina sampai menjatuhkan maruah sebagai pendukung Bahasa Melayu
Seperti yang dikatakan tadi, Zack Kirana menyatakan bahawa dirinya sudah hilang sabar terhadap segelintir pihak, dikatakan individu itu mencerca dan menghina dirinya dengan kata-kata kesat sampaikan ada cuba menjatuhkan maruahnya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu.
“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan.”
Enggan berdiam diri, Zak Kirana menegaskan bahawa dirinya seorang antibuli tertutamanya buli siber.
https://www.instagram.com/p/Cgj4rCdJv52/
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada cikgu ini supaya sentiasa kuat dan menyokong dengan tindakan yang diberikan.
Dalam pada itu, ada yang membuat tanggapan bahawa kes ini adalah susulan dengan rasa tidak puas hati terhadap tegurannya mengenai lirik lagu Casablanca yang menjadi perhatian baru-baru ini.
Untuk rekod, Zack Kirana ada memperbetulkan lirik lagu Casablanca dalam barisan denyut jantungku berdebar dengan degup jantungku berdebar, bagaimanapun ada yang tampil memberikan respon bahawa lirik asal itu tidak ada sebarang kesalahan.
Baca : Cikgu BM Minat Lagu Casablanca, Terpaksa Betulkan Lirik Sendiri Sebab Salah Tatabahasa