Wah, wah, wah! Kebelakangan ni, makin banyak pula dengar cerita team media menteri banyak bergaduh dengan para wartawan.
Ooops, betul ke tu? Takkanlah perkara macam ni boleh jadi. Mesti dah ada latihan dan SOP yang ditetapkan bila team komunikasi pihak menteri turun padang, kan?
Setiausaha akhbar Rina Harun ‘biadap’?
Sekarang ni kecoh di media sosial apabila sikap seorang setiausaha akhbar (SUA) daripada seorang menteri dikatakan ‘biadap’ dan menimbulkan rasa tak puas hati para wartawan.
Dalam posting dibuat oleh Junhairi Alyasa, masalah bersama SUA Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun ni berlaku selepas Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech Mara.
Minta semula, merampas teks ucapan Menteri diberi kepada wartawan
Junhairi yang juga Penolong Ketua Biro Kosmo Putrajaya berkata, macam peliklah dah habis event tiba-tiba SUA tu datang nak minta balik teks ucapan yang menteri dah bacakan dalam majlis tu.
Sedangkan ia adalah satu kebiasaan setiap wartawan akan diberikan teks ucapan menteri dalam satu-satu majlis sebagai rujukan untuk mereka buat laporan.
Tak pasal-pasal dah jadi kecoh pulak!
Syak tindakan SUA ‘biadap’ akibat terlepas pandang
Eh siapa tak marah kalau benda boleh settle elok-elok dah jadi macam budak kecil bergaduh pula.
Kalau betul nak minta wartawan jangan tulis kenyataan menteri dalam teks tu pun, kan boleh je beritahu.
Tapi katanya arahan untuk ambil semula teks tu dikeluarkan oleh menteri. Betul ke?
“SUA ini memang tiada budi bahasa yang betul dan tidak mempunyai pengalaman berurusan dengan media”
Mungkin adalah tu bahagian-bahagian yang pihak team komunikasi menteri terlepas pandang waktu tuliskan ucapan tu.
Tapi kalau dah tak disebut semasa beri ucapan takkan nak laporkan, kan? Pihak wartawan pun mesti tau diorang tertakluk dengan akta dan etika kewartawanan.
Kalau silap tulis, boleh kena saman tau!
Jadi macam mana ni Datuk Seri Rina? Betul ke apa yang dikatakan ni?
Hal biasa berlaku dan harus diselesaikan dengan cara baik
Kejadian seperti ni biasa berlaku dalam majlis-majlis dihadiri oleh mana-mana pihak. Biasalah tu, ni semua hanya salah faham dan boleh diselesaikan dengan cara baik.
Gerakan Media Merdeka (Geramm), sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh kumpulan wartawan pun dah keluarkan pandangan berhubung isu ni.
Ni kan setakat masalah komunikasi je. Lagipun, pihak wartawan dan kerajaan kenalah bersatu sebab masing-masing memerlukan satu sama lain untuk hasilkan satu laporan yang lengkap.
Datuk Seri Rina belum buat kenyataan balas
Menurut Geramm, tak perlu pun kekecohan berlaku dalam kes ni sebab segala pindaan boleh saja diberitahu secara terus kepada pihak media bertugas.
Mungkin masalah ni boleh diselesaikan secepat mungkin. Tak naklah kalau rakyat kata sebab hal kecil macam ni pun boleh bawa bergaduh.
Nanti kalau wartawan dan para menteri tak ngam, kan dah susah. Apa dicakap lain, apa dilapor pula lain. Dah jadi isu saman pula.
Dan buat masa ni, Datuk Seri Rina belum lagi membuat sebarang kenyataan balas berhubung masalah ni.
Baca: Hanya Di Malaysia, Menteri Rasa ‘Terpaksa’ Lawat Negara Luar Untuk Kerja