in

Hanya Di Malaysia, Menteri Rasa ‘Terpaksa’ Lawat Negara Luar Untuk Kerja

Saifuddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, zaman semua di hujung jari. Rugilah kalau dah ada Internet tapi tak guna sebaik-baiknya untuk cari atau salur maklumat.


Dan tak pelik sekarang ramai menteri-menteri kerajaan Malaysia yang gunakan Twitter untuk berhubung dengan rakyat. Lebih mesra dan cepat, kan?

Tapi tweet pagi ni daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah buatkan netizen tertanya-tanya.

 

“2 negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tapi terpaksa dilawati”

Dalam tweetnya, Saifuddin berkata ada 2 negara yang beliau tak suka kerajaannya tapi terpaksa dilawati.

Tweet Saifuddin 1
Sumber: Twitter

Aik, takkan seorang menteri untuk hal-hal luar negara berani tweet benda macam ni? Pelik! Ada yang tak kena ke Datuk?

Tweetnya itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Tweet Saifuddin6Sumber: Twitter

Tweet Saifuddin1Sumber: Twitter

Tweet Saifuddin3Sumber: Twitter

Betul juga kata-kata netizen ni semua. Yelah, bila bercakap soal kredibiliti dan tanggungjawab lebih-lebih lagi sebagai seorang menteri, personaliti atau figura umum.

Setiap tindakan, sebutan dan response akan dinilai dan dikritik oleh masyarakat. Asal salah sebut saja pasti hendak dikecam. Tak kecam tak boleh ke?

Tapi ada juga netizen yang faham situasi Saifuddin. Biasalah, kadang-kadang kita tak suka sesuatu perkara tapi atas tuntutan kerja kenalah buat juga, kan?

Tweet Saifuddin4
Sumber: Twitter

Tweet Saifuddin5Sumber: Twitter

Bagaimanapun setakat jam 1.30 tengah hari, tweet Saifuddin itu didapati telah diturunkan.

 

“Bila tweet perkara serius, kurang dapat perhatian”

Beberapa jam selepas tu Saifuddin membuat satu lagi kenyataan menerusi tweetnya. Katanya:

“Seperti biasa, apabila saya tweet perkara yang serius, ia kurang dapat perhatian/penghujahan, tapi apabila saya tweet perkara biasa-biasa, maka ia segera dapat kritikan :)”

Saifuddin Abdullah Dialog 100 Hari 1535199156
sumber: nst

Tak apalah Datuk. Biasalah, lumrah manusia suka menilai perbuatan orang lain. Tapi, sebagai wakil sebuah negara pun kita kena berhati-hati dengan apa jua dikongsi atau ditulis di media sosial.

Apa-apa pun, kami sebagai rakyat Malaysia berharap Datuk akan terus menjalankan tugas dengan baik sesuai dengan kepercayaan yang kami dah berikan.

Baca: KJ Nak Buat Laporan Polis Terhadap Menteri Kewangan?

Kj2 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.