in

“Tak sempat bersiap”- [VIDEO] Lelaki Pergi Vaksin Pakai Baju Kelawar Buat Netizen Terhibur

Ft Baju Kelawar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergi vaksin dengan memakai kostum adalah perkara yang sudah biasa kita dengar. Macam sebelum- sebelum ni ada yang pakai kostum Ultraman, beruang, Jack Sparrow dan macam macam lagi. Keberadaan mereka ternyata menghiburkan ramai penerima vaksin di PPV dan sempat mengambil gambar dengan mereka.



Tapi apa yang lagi menarik, semalam, kecoh di Tiktok video seorang lelaki mengenakan pakaian mandi di pusat vaksin Langkawi, Kedah. Hahaha, mesti dia tahan malu je.

“Dekat PPV mana tu?”

Dalam perkongsian @rajlangkawi, dia telah memuat naik satu video di Tiktoknya yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju kelawar berwarna merah dengan tuala atas kepala siap bawa baldi lagi di PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) baru saja dibuka pada bulan lepas bertujuan untuk mempercepatkan kadar pemberian vaksin kepada penduduk di Langkawi. Sekaligus ia menjadi projek rintis kepada gelembung pelancongan hijau yang menjadikan pulau lagenda itu sebagai COVID-19 free destination.

 

@rajlangkawi

Tak Dan Bersiap Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin #comedy #fypシ #fyp #frontliners #terimakasih

♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah

“Yang penting freestyle dulu boss!”

DeeJay Raj atau lebih dikenali sebagai Raj merupakan salah seorang volunteer yang ditugaskan di pusat vaksin tersebut telah merakam aksi bersahaja lelaki itu. Lelaki tersebut kelihatan santai dan tidak rasa malu dengan pakaiannya.

Belakang baju lelaki itu juga siap ada notis ‘ tak dan bersiap bini suruh pi cucuk vaksin’ telah menarik perhatian pengambil vaksin yang lain. Dah macam fashion week.

Raj sempat merakam video dia bersama lelaki tersebut sebagai kenangan bertugas sebagai volunteer di PPV LICC.

Raj E1628843473525

Video ini telah mendapat lebih daripada 25 ribu tontonan di Tiktok. Rata-rata yang menonton tertarik dengan pakaian lelaki itu. Mereka juga terhibur dengan aksi lelaki tersebut dan menyifatkan lelaki itu ‘kering’ sebab berani pakai baju bini. Mesti dah lambatkan sebab tu tak sempat tukar baju.

Walaupun lelaki itu nampak santai dan bersahaja dengan pakaian tersebut, kita tak tahu bini dia macm mana. Mesti garang kan sampai bro tu tak sempat tukar baju sebab kena marah, betul tak.

Semoga semua rakyat Malaysia sihat dan cepat-cepat dapat vaksin nanti dah boleh melancong. Yey!

Baca: Suntikan Vaksin Kanak-kanak Remaja Bakal Bermula Pertengahan September-KJ

Kj E1628844402210

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.