in

“Polis pun fed-up” – Balai Polis Keluar Notis ‘Sindir’ Rakyat M’sia Yang Sibuk Nak Balik Kampung?

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, PDRM telah keluarkan arahan untuk rakyat Malaysia yang nak merentas negeri, mereka perlu mengisi borang dan mendapatkan pengesahan dari pihak polis dulu.


Logiknya, kalau dah susah macam ni untuk ke luar negeri, dah tentulah kebanyakan orang akan memilih untuk duduk je di rumah dan tak balik kampung kan?

Namun sebaliknya yang berlaku, orang ramai mula menyerbu cawangan-cawangan balai polis hingga dorang beratur panjang untuk dapatkan pengesahan borang tersebut.

Etufirwuwaakclq

Oleh kerana itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah menarik semula arahan tersebut kerana tak mahu penularan virus Covid-19 menjadi semakin teruk.

Bukan tu je, satu gambar telah tular di media sosial menunjukkan notis berupa sindiran dipercayai diletakkan di sebuah balai.

Teruskan perjalanan anda untuk merebakkan virus Covid-19.”

Pun begitu, tak dapat dipastikan sama ada notis ini sahih atau tidak mahu pun balai mana yang menampal notis ini. Namun, netizen menyokong cara polis membuat sindiran ini kerana ‘geram’ kedegilan segelintir rakyat Malaysia yang tak boleh nak mengikut arahan.

Screenshot 2020 03 18 At 4.26.15 Pm

Yang beratur dan tak ada keperluan nak balik kampung tu memang betul-betul tak takut ke kena jangkitan?

 

Baca: “Scary crowd mcmni” – Balai Polis Diserbu, KPN Tangguh Isi Borang Keluar Dari Negeri

Balaipolis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.