in

Covid-19 Kembali Menyerang Wuhan Setelah Lebih Sebulan Sifar Jangkitan

Combine Wuhan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum virus Covid-19 berpunca daripada satu daerah di China iaitu Wuhan dan virus ini mula merebak sekitar akhir tahun 2019 sehingga kini. Banyak negara di seluruh dunia cuba sedaya upaya untuk menghentikan penularan wabak merbahaya ini.


Namun, China melaporkan kes pertama wabak Covid-19 selepas sebulan pandemik ini merekodkan sifar jangkitan di daerah berkenaan. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) peningkatan kes dalam tempoh 10 hari iaitu sebanyak 14 kes jangkitan baharu, lapor Sinar.

Wuhan

Dua daripada kes itu merupakan kes import. Dilaporkan tiada kes kematian yang berlaku dalam tempoh hampir sebulan.

Sebelum ini, dikhabarkan China cuba untuk menyembunyikan maklumat sebenar berkaitan dengan penambahan kes wabak Covid-19 di negara itu dan ianya mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Wuhan 2

Timbalan Pengarah NHC menyifatkan sistem penjagaan kesihatan di Bejing lemah.

Tambahnya lagi, sistem kesihatan di negara itu tak buat preparation yang cukup sampai kurang dapat tindak balas daripada negara China.

Wuhan 3

Dapat dilihat Beijing masih tak bersedia dalam sistem pengawalan dan pencegahan dan sistem kesihatan awam dalam keadaan kecemasan.

Sekarang orang ramai perlu biasakan diri dengan norma kehidupan baru dengan sentiasa membuat pencegahan awal untuk mengelak penyakit berjangkit.

Baca : “China ni kerja anak menipu je” – [Video] Hospital Di China Tak Nak Terima Pesakit Covid-19 Sebab Nak Maintan ‘Zero Case Baharu’?

China

 

Sumber: Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.