in

CORONAVIRUS: Lelaki Taiwan Rupanya Dah Dijangkiti Tapi Taknak Bagitahu, Kena Saman RM40,000

corona taiwan

Beberapa negara kini sudah melaporkan dan mengesahkan ada kes jangkitan coronavirus yang berpunca dari Wuhan, China. Pihak kerajaan di setiap negara semakin berjaga-jaga dan cuba yang terbaik dalam menangani kes jangkitan virus bahaya ini.

Ada juga negara yang menghalang kemasukan rakyat China masuk dengan melakukan imbasan di lapangan terbang selain memeriksa tahap kesihatan setiap orang yang mendarat di negara mereka.

screening
Sumber: NST

Namun, menurut Nikkei Asian Review cara Taiwan menangani penduduk mereka pula berbeza apabila seorang lelaki dilaporkan telah disaman baru-baru ni kerana coronavirus.

Jabatan kesihatan di Taiwan mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki yang disahkan telah dijangkiti coronavirus. Individu itu telah disaman sebanyak 300,000 New Taiwan dollars (RM40,000) kerana menyembunyikan keadaannya itu.

Lelaki itu adalah salah seorang daripada 4 individu yang disahkan positif coronavirus pada Rabu lepas di bandar Kaohsiung.

taiwan2
Sumber: NYPost

Bukan setakat menyembunyikan keadaannya ketika memasuki Taiwan, lelaki itu juga dikatakan telah melanggar undang-undang kawalan jangkitan. Sebelum diketahui dia telah dijangkiti, lelaki itu sempat pergi ke sebuah kelab tarian tanpa memakai topeng muka yang sepatutnya.

Disebabkan itu, dia telah menjangkiti 80 individu lain dan kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan namun tidak dinyatakan sama ada keputusan telah keluar atau tidak.

Taiwan kini sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan peraturan kuarantin memandangkan cuti Tahun Baru Cina akan membuatkan ramai rakyat Taiwan yang bekerja di China pulang untuk menyambut perayaan itu.

taiwan1
Sumber: Nikkei Asian Review

Bapak selfish gila manusia macam ni! Tapi baguslah Taiwan buat macam tu, saman je terus. Malaysia bila nak buat? Huuu

Baca: “Korban coronavirus terus meningkat”- [TERKINI] 80 Disahkan Maut Di China, Jumlah Dijangka Terus Bertambah

2 20