Bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik tampil buka mulut pasal isu bekas teman wanitanya, Fara yang kini terpalit dengan kontroversi masalah rumahtangga antara Shuk dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Dalam perkongsiannya menerusi laman Twitter 3 hari lepas, Kecik menceritakan perkara yang lebih kurang sama apabila dia seolah-olah ‘diikat’ oleh wanita tersebut.
Shuk please matang!
Semuanya apabila video Shuk membuat panggillan kepada seorang wanita yang memaki hamun dirinya.
Kecik menjelaskan bahawa dia juga pernah mengalami perkara yang seakan-akan terjadi dalam video itu. Dalam pada itu, Kecik juga pada masa itu berharap agar Sera, isteri Shuk kuat dalam harungi dugaan ini.
“Kecik harap wife shuk (sera) dapat harungi semua ni dengan tabah.. Shuk please matang! Jangan buat para para isteri macam ni!
Benda-benda macam ni lah aku hadap dulu.. Nak pi mana tak boleh.. Bergambar dengan orang perempuan pun kena maki hamun.. Macam-macam lah lagi aku hadap.. Tapi benda dah lepas gais..”
Benda2 mcm ni lah aku hadap dulu.. Nak pi mana tak boleh.. Bergambar dgn orang perempuan pun kena maki hamun.. Mcm2 lah lagi aku hadap.. Tapi benda dah lepas gais.. 🤣 https://t.co/kbSa5HH4Rd
— Kecik tak act. (@kecikogie) January 23, 2021
Untuk rekod, Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin mengaku bersalah atas kesalahan mencederakan Farah Nurizzati Salleh dengan sengaja pada Mac 2017.
Menurut Gempak, dia diperintahkan untuk membayar kompaun sebanyak RM200 oleh Mahkamah Majistret Selayang.
Doa orang dianiaya/teraniaya ni dimakbulkan… Walaupun bertahun ambik masa”
Kecik juga ada ‘buka cerita’ tentang apa yang bekas teman wanitanya itu lakukan ketika mereka menjalinkan hubungan bersama.
Ini berikutan dengan namanya yang pernah tercalar sebelum ini pasal kes tersebut. Kecik menceritakan mereka pernah tinggal sebumbung sewaktu masih bersama kumpulan Hyper Act dulu.
Katanya, wanita tersebut yang ajak, sepanjang mereka bersama dia kerap dipukul oleh Fara. Tetapi, pada awal 5 ke 6 bulan sebelum Fara dibuang kerja, semuanya ok dan Kecik kena tanggung semuanya.
Dia selalu fitnah aku bukan-bukan dekat budak-budak band aku.. sampai dorang semua percaya yang aku ni jahat gila b*bi.”
Pada sekitar 2016 ke 2017, Kecik pernah dimasukkan ke lokap selama 7 hari, pada waktu itu Fara janji yang dia akan berubah. Namun begitu, keadaan menjadi parah sampai wanita itu heret orang tua Kecik dalam hal hubungan mereka.
Bagaimanapun, Kecik akhirnya berjaya ‘lari’ daripada wanita tersebut. Tahu-tahu, dia dah bersama Syuk pada tahun 2018.
Namun begitu, Kecik menjelaskan bahawa dia dihubungi oleh Shuk dan isteri tentang cara nak ‘lari’ daripada Fara.
Dorang berdua pening tak tau nak lari..”
Fara pernah datang serang Shuk bawa pisau..
Tapi menurut Kecik, dia jadi ralat nak tolong Shuk sebab ‘depan lain belakang lain’. Namun begitu, Sera ada hubungi Kecik menceritakan perkara yang Fara buat kepada mereka berdua.
Berbalik kepada waktu mereka berhubungan, Kecik ada menceritakan waktu dia pernah bawa Fara dalam salah satu show.
Diugut pukul dan bunuh oleh seorang pelakon
Namun, pelakon itu terus block Kecik kerana dia pernah berkata kepada Fara yang dia akan buat laporan polis sebab ugutan itu.
Nama pelakon itu sedang popular berlakon drama, namun identiti pelakon itu dirahsiakan. Kalau nak ikutkan, Kecik kata dia ada banyak lagi kes tapi kalau nak diceritakan semua memang tak cukup sehari.
Tapi, siapa pelakon tu eh?
Baca : “Konon powerbank jatuh” – Jiran Dedah Shuk Sahar Keluar Rumah Fara Ikut Balcony Rumah?