in

“Comelnyaa pangai mak dia” – [VIDEO] Sedih Kena Tinggal, Ibu Gigih Pujuk Anak Tak Bagi Belajar Jauh

Fi Mak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila anak-anak dah meningkat dewasa, mesti ada yang teringin nak merantau jauh dari keluarga lagi-lagi bila nak sambung belajar dekat negeri lain.


Namun ada juga sesetengah ibu bapa tu, tak sanggup untuk berpisah jauh dengan anak-anak mereka seperti kisah ini.

 

Anak belajar dekat Johor.. Ibu berat hati nak lepaskan

Beberapa hari lalu, viral di media sosial tentang hubungan antara ibu dan anak ini betul-betul menyentuh hati kita.

Menerusi posting di akaun TikTok @Aqwa, dia sempat merakamkan aksi ibunya apabila dia meminta restu untuk sambung belajar di Johor.

Apabila ditanya sebegitu, ibunya membuat muka sedih dan bercakap dengan nada seakan tidak merelakan Aqwa untuk pergi jauh. Ibunya turut bergurau berkata bahawa dia tak kasi anaknya untuk belajar jauh darinya.

@qwahensem

Aihh penat da aku pujuk #fyp

♬ happier – Olivia Rodrigo

 

“Nanti saya ingat kat awak”

Apa yang menarik perhatian sekarang ni, mereka bahasakan diri sebagai ‘saya awak’ bila berbual. Aihh comel je perangai anak beranak ni.

Menerusi satu lagi posting yang dimuat naik, Aqwa sekali lagi cuba untuk memujuk ibunya itu. Namun seperti biasa, ibunya mula bagi ayat sedih kerana tak nak berpisah dengannya.

Ibunya turut memberitahu bahawa dia akan rindu anaknya, selain kelihatan seperti si ibu mula menahan sebak ketika sedang berkongsikan kisah-kisah manja yang dilakukan oleh Aqwa untuknya. Awwhh..

“Seluruh awak saya rindu…. Awak buat air milo untuk saya tiap-tiap hari, tiap-tiap pagi” kata ibunya.

@qwahensem

haih ingatkan dia main main? #fyp

♬ original sound – ~I N A D~ – Axl Hunila

 

“Comelnya mak awak”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata posting Aqwa ini menyentuh perasaan sesiapa yang melihat. Ramai yang berasa kasihan dengan si ibu sebab terpaksa berjauhan dengan anaknya, serta menganggap ibunya seorang yang manja.

Reak Mak 1 Edit

Reak Mak 2 Edit

Reak Mak 3 Edit

Mak mana yang sanggup berjauhan dengan anaknya. Siapa potong bawang sebelah min ni! ehem

 

Baca : “Super mom!” – [VIDEO] Duduk Berjauhan, Ibu Kerja Frontliner Terpaksa Pos Susu Badan Untuk Anak Kecil

Foot Mak

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.