in

“Comelnya” – [VIDEO] Ramai ‘Jatuh Cinta’ Tengok Nenek Rajin Belajar Mengeja

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, zaman dulu bukan macam zaman sekarang, orang dulu-dulu dari kecil dah kena pikul tanggungjawab sampai kena berhenti sekolah. Hanya yang betul-betul beruntung je dapat teruskan belajar sampai ke menara gading.


Baru-baru ni, seorang pengguna TikTok, Jasmin telah memuat naik video yang dia ambil ketika dia mengajar neneknya untuk mengeja.

Menurut Jasmin, neneknya ini telah berhenti sekolah awal disebabkan ini baru sekarang neneknya nak belajar mengeja dan membaca.

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh tengok macam mana sabarnya nenek ni bila belajar dan tak malu langsung untuk bertanya soalan. Ya Allah comel betul!

@itsaizajustmint

School time with Grandma at home. I know my Tok would’ve love learning at school ☺️ #grandmasoftiktok #learningisfun

♬ New Home – Frozen Silence

Namun begitu, video yang menyentuh hati ini turut mengundang ketawa netizen yang menontonnya apabila perkataan-perkataan random yang dipilih oleh Jasmin telah buatkan ia menjadi ayat yang kelakar.

Tak cukup dengan itu, beberapa netizen turut mengatakan bahawa video ini turut memberikan mereka inspirasi untuk terus belajar. Yelah, tak semestinya dah berusia dah tak payah belajar kan?

Screenshot 2022 06 22 At 1.49.34 Pm Down

Memang suka betul content macam ni. Buat rindu betul dengan arwah nenek.

 

Baca: “Mesti tiap minggu balik!” – [VIDEO] Nenek ‘Makeover’ Ruang Tamu Jadi Kolam Mini Demi Cucu!

Screenshot 2022 06 22 At 2.00.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.