in

Comelnya! Netizen Tersengih Tengok Petani & Kerbau Peliharaan Pandai Senyum Ambil Selfie

Selfie Dengan Kerbau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haiwan peliharaan sememangnya akan ada tempat istimewa dalam hati tuan dia, kan? Mana tidaknya, kebanyakan masa diluangkan bersama dan ada kala buat aktiviti sekali.


Sebab tu kita boleh nampak yang haiwan peliharaan tu bonding sangat dengan tuan mereka. Macam kisah yang viral di Thailand baru-baru ni.

Menurut Nextshark, seorang lelaki dan kerbau peliharaannya jadi topik sensasi di internet lepas gambar mereka bersama tersebar. Gambar tu dimuat naik di Facebook pada 11 November lalu oleh Surat Phaewgate, seorang petani dari Chainat dekat Thailand.

Kerbau Selfie 2

Kerbau Selfie 3

Kerbau Selfie 4

Kerbau Selfie 5

Kerbau Selfie 6
sumber: facebook

Kata Phaewgate, dia bawa kerbau yang dinamakan Tong Kum tu pergi makan rumput sebelum terasa seperti nak ambil selfie bersama. Tong Kum yang berusia 5 tahun tu seakan mengerti tuannya nak ambil selfie, so dia pun terus tersengih dan pose depan kamera! Tengok lah gambar dorang, comel gilaaaa!

Kerbau Makan Rumput

Kerbau Selfie 1
sumber: facebook

Pose yang diberikan Tong dalam semua gambar tu memang terserlah menunjukkan yang mereka berdua ada ikatan yang kuat dan sangat rapat. Posting tersebut sampai sekarang dan terima 32,000 likes dan lebih 32,300 shares serta 3,700 komen daripada netizen yang suka tengok gambar tu.

Bukan tu je, disebabkan gambar-gambar mereka berdua jadi perhatian dan tersebar luas, kata Phaewgate dia juga turut terima sumbangan tanpa henti daripada netizen yang baik hati.

Derma 1

Derma 2
sumber: facebook

Phaewgate mempunyai 4 ekor lagi kerbau yang dibela tetapi Tong Kum adalah kegemarannya kerana dia seekor haiwan yang sangat fotogenik. Memang pun, pandai tau posing!

Kerbau 1

Kerbau 2
sumber: facebook

Comelnya, Tong Kum memang fotogenik habisssss….

Baca: Sweetnya! Kucing Jalanan Kirim ‘Hadiah’ Nasi Bungkus Kepada Tuan Rumah Tanda Terima Kasih

Makanla Nak Mak Bawak Nasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.