in

“Pelamin anganku musnah” – [VIDEO] Belum Ijab Kabul Lagi, Ramai Terkejut Panel Pelamin Tiba-Tiba Jatuh

Panel Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan pasti mahukan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan suasana hari bahagia mereka. Selain daripada persiapan makan minum tetamu, pelamin, pakaian mahupun makeup, mereka semestinya akan berdebar menantikan saat ijab kabul. Yelah, situasi tak dijangka boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja!


Begitulah juga situasi yang berlaku dan sempat dirakam oleh seorang jurugambar di @gemukayam di sebuah majlis perkahwinan salah seorang clientnya.

@gemukayam

Bukan selalu pelamin anganku musnah ? #fypシ #foryoupage #malaysia #johor #siakapkeli #viraltiktok

♬ Originalton – POV’s

Dalam video yang telah dimuat naik TikTok tersebut, sepasang pengantin dilihat sedang bersiap sedia untuk diijabkabulkan oleh tok kadi sambil disaksikan oleh tetamu yang lain.

Betul-betul pelamin anganku musnah ni

5 5

Walau bagaimanapun, tiba-tiba sahaja riuh satu dewan apabila salah satu panel pelamin di atas pentas dilihat tumbang dan hampir terkena pengantin perempuan.

Pengantin lelaki yang berada di sebelah bawah pula terkesima dan hanya mampu memandang kerana kejadian tersebut berlaku begitu pantas. Apa yang lebih menghiburkan hati lagi adalah reaksi tok kadi yang turut sama terkejut sampai terangkat badan kerana risau ditimpa panel.

Nasib panel tak hempap pengantin perempuan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur pula dengan situasi berkenaan dan ada juga yang lega kerana panel tersebut tidak terkena pengantin perempuan. Tidak ketinggalan, ada netizen menyatakan yang situasi begini persis drama tempatan.

3 4

Mungkin perancang perkahwinan kena double check setiap penjuru panel pelamin bagi elakkan situasi sama terjadi!

Baca: “Malu Punya Pasal, Ibu Sampai Paksa Pengantin Lelaki Naik Pelamin Sentuh Tangan Isteri”

4 3

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.