in

“Cikgu, kami tak pernah makan pizza” – Guru Baik Hati Masak 32 Pizza Mini Buat Murid Di Sekolah Pedalaman Sarawak

Sarawak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah jadi pendidik di sekolah pedalaman yang jauh dari kemodenan masa kini. Sebab tu admin salute dengan cikgu-cikgu ni sebab dorang sentiasa cuba buat pelajar ni faham akan sesuatu perkara meskipun budak-budak ni tak pernah lihat atau merasa perkara tersebut.


Baru-baru ni, seorang guru berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila dia mendapat tahu anak-anak muridnya tak pernah merasa pizza, makanan famous bagi kita yang tinggal di bandar ni. Ini apa yang dikongsikannya….

 

“Cikgu, kami tak pernah makan, tu dia sorang ja pernah rasa pizza” 

Menerusi perkongsian di Twitter oleh seorang guru bernama Alia Nadiera, dia yang mengajar murid Tahun 2 ni terkejut apabila mengetahui yang pelajarnya tak pernah merasa makanan barat, pizza. Tersentuh dengan pengakuan murid-murid, Alia bercadang buat surprise yang takkan pelajarnya lupakan seumur hidup. Aww sweet sangat cikgu ni! 

Cikgu 1

D1Ycfbgvaaatwpy
sumber: twitter

 

“Makanan buat saya gembira, jadi saya buat orang gembira dengan beri mereka makanan” 

Makan 1

D1Bwb6Ev4Ae Fud

D1Bwbkvuwaa 4Hj

D1Bwcjyucaamupf

D1Bwdmau8Aaybmh

Makan 2
sumber: twitter

 

“You’re so sweet. Semoga Allah murahkan rezeki awak dan mak awak” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini sangat tersentuh dengan perkara yang dilakukan cikgu tersebut. Tindakannya memberi inspirasi buat semua cikgu lain untuk terus berbakti dengan cara apa sekalipun, walaupun di kawasan yang jauh daripada segala kemudahan yang ada.

Cikgu Baik
sumber: twitter

Beruntung anak murid ada guru sebaik ni. Lepas ni boleh request nak merasa makanan lain pulak! Hiks! Apa-apapun tahniah cikgu kerana jadi pendidik yang hebat. 

Baca: “My Student Saved Me From Depression” – Guru Ganti Kongsi Pengalaman Gangguan OCPD

Saved

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.