in

Cikgu BM Minat Lagu Casablanca, Terpaksa Betulkan Lirik Sendiri Sebab Salah Tatabahasa

Page Casablanca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Denyut jantung ku berdebar, terasa indahnya dunia ini kita yang punya~~

Min yakin, lirik lagu Casablanca ni dah jadi siulan ramai sampaikan buka lah Instagram ke TikTok ke memang sound ni je yang orang guna! Tambah pula dengan lenggok duet penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ni betul-betul mencuri perhatian peminat.


Punya lah hebat impak lagu ni, ramai yang boleh hafal lirik dia lagi-lagi part Arab tu! Tak terkecuali, pengajar subjek Bahasa Melayu di MCPlus iaitu Saliza Ibrahim atau mesra dipanggil Cikgu Zack pun dah terjebak dengan demam Casablanca ni tau!

Perkongsian yang dibuat menerusi InstaStory milik Cikgu Zack di Instagramnya @zackkirana, mengatakan yang lagu tersebut telah ‘melekat’ dalam kepalanya sehingga menjadi lagu nyanyian hariannya.

“Masalah cikgu BM”

Tapi, lumrah sebagai pengajar Bahasa Melayu, dengan jujur dia mengatakan bahawa tak dapat mengelakkan dirinya daripada membetulkan beberapa penggunaan perkataan dalam lirik lagu tersebut yang didapati salah.

“Dia bukan denyut tapi degup!” – Jelas Cikgu Zack

Penjelasan tentang kenapa perkataan degup yang sepatutnya digunakan dan bukannya denyut seperti dalam lagu itu turut dikongsikan di reels milik Cikgu Zack.

https://www.instagram.com/tv/CgRj4vIJUop/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

“OK saya dah betulkan dah. Baru puas hati saya!”

Bagi korang yang mengenali Cikgu Zack ni, mesti tahu personalitinya yang bersahaja dan ‘gila-gila’ dalam memberi penjelasan buatkan lagi ramai senang faham dengan sebab kesalahan tatabahasa yang perlu dielakkan.

Cikgu Zack bertindak dengan menyebut perkataan degup kuat-kuat sebagai usaha untuk ‘betulkan’ lirik lagu menjelaskan bahawa ianya term yang lebih sesuai digunakan untuk jantung dan denyut adalah untuk nadi.

Lagu New

“Memang betul penulisan kreatif ada kebebasan untuk melanggar hukum tatabahasa. tapi awak kena tahu perkataan yang melanggar hukum tatabahasa tu adalah perkara yang tak boleh dibayangkan.” – Tambah Cikgu Zack

Dia juga menegaskan bahawa penggunaan kata nama atau kata kerja yang salah boleh memberikan bayangan berbeza untuk keseluruhan jalan cerita lagu yang ingin disampaikan kepada pendengar.

Memang betul weh, melekat betul lagu ni dalam kepala!

Baca: “Asal viral je depa punya” – [VIDEO] Portal Hiburan Indonesia Cuba ‘Claim’ Lagu Casablanca?

Untitled 2 9

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.