in

Cikgu Belasah Murid 10 Tahun Sampai Meninggal Dunia Hanya Sebab Tersalah Jawab 2 Soalan Matematik

Cats 15

Hanya kerana tersalah jawab 2 soalan matematik, murid dari sekolah rendah di Sichuan, China didenda oleh gurunya sampaikan murid 10 tahun itu mengalami mengalami gegaran otak dan meninggal dunia, lapor Oriental Daily.

Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian ini berlaku pada 10 September lepas ketika sekolah mengadakan Hari Guru, murid yang dikenali sebagai Ning Ning pada masa itu begitu teruja nak pergi sekolah kerana nak bagi guru-gurunya bunga.

 

Takut nak masuk kelas sebab cikgu suka denda pukul murid

2020 0911 8Ab54A78J00Qghbub0102C000T90130M

Kira-kira jam 9 pagi di sekolah, Ning Ning ada jawab soalan matapelajaran matematik dan ia membuatkan gurunya jadi marah. Sebagai hukuman, cikgu itu suruh dia melutut, piat telinga, pukul tangannya dan paling teruk sekali ketuk kepalanya.

Menurut kembar Ning Ning yang duduk sama kelas dengannya, dia menyaksikan Ning Ning tak boleh nak mendongak kepala dan menegakkan badannya ketika dia didenda.

Dalam pukul 11.45 pagi, cikgu tersebut ada hubungi nenek Ning Ning untuk dibawa balik kerumah sebab nampak tak bermaya. Sesampai di sekolah, nenek Ning Ning melihat murid malang itu tak boleh buka mata atau bercakap.

D6Cb9C71971C079Dd007E7C9C52C032B

Dia kemudian bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital di mana mereka berusaha untuk menyedarkannya semula tetapi tidak berhasil. Ning Ning  disahkan meninggal dunia.

Menurut neneknya, cikgu itu baru sahaja mula mengajar pada semester baru ini dan menjelaskan bahawa Ning Ning begitu gerun untuk masuk ke kelasnya kerana dia pernah kongsikan bawa cikgu tersebut suka denda dengan cara memukul murid-muridnya.

News Fd2D7B3F254540013F687Fd67E7Ee598

Pihak media tempatan di sana ada cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak sekolah, namun begitu mereka hanya diam. Ketika dihubungi dan mereka memperkenalkan diri sebagai wartawan, mereka letak telefon.

 

Baca : “Maut sebab tuntut ilmu” – Gara-gara Cari Line Internet, Pelajar Meninggal Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid

Murid