in

Ciel Dubai Marina Bakal Jadi Hotel Tertinggi Di Dunia Dengan 82 Tingkat

Ciel Dubai Marina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja tentang Dubai, pasti anda akan terbayangkan bangunan pencakar langit dan kereta mewah yang ada di sana. Meskipun Dubai dikatakan sebagai bandar ‘masa depan’, namun mereka masih tidak berhenti membangunkan bandar itu dengan ciptaan yang hebat.


Terbaharu, sebuah hotel bernilai lebih AS$544 juta (kira-kira RM2.4 bilion) bakal siap dibina dan dikatakan bakal menjadi hotel tertinggi di dunia.

Bangunan hotel bernama Ciel Dubai Marina yang berketinggian 365 meter itu terletak di Dubai Marina dan dijangka siap dibina pada awal 2024. Hotel ini akan memulakan operasi pada penghujung tahun yang sama ia siap dibina.

Ciel Tower 15159 Xl

Bangunan Ciel Dubai Marina bakal mempunyai 82 tingkat dan akan dilengkapi dengan 1,000 bilik. Reka bentuk bangunan itu juga dikatakan unik dan ikonik, membuatkan ia bakal menjadi mercu tanda di situ serta menarik perhatian ramai pengunjung.

Menurut pemaju hotel itu, pembinaan bangunan ini sudah mencapai 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang separuh pertama tahun 2024. Sejurus siap, hotel ini akan memegang gelaran hotel tertinggi di dunia.

Untuk rekod, tiga hotel tertinggi di dunia kini dipegang oleh Hotel Gevora di Jalan Sheikh Zayed di sini, yang berketinggian 356m. Kemudian, ia diikuti JW Marquis (355m) dan Rayhaan by Rotana (333m) masing-masing juga di Dubai.

Kredit: Harian Metro

BACA: Dubai Rancang Bina ‘Bulan’ Berharga $5 Billion USD, Dijangka Siap Dalam 2 Tahun

Capture 3

Sumber: Propsearch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.