in

Dubai Rancang Bina ‘Bulan’ Berharga $5 Billion USD, Dijangka Siap Dalam 2 Tahun

3Moon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dubai merancang untuk membina ‘bulan’ ditengah-tengah bandarnya dengan bantuan sebuah syarikat arkitektural dari Kanada dengan belanja mencecah $5 Billion USD.


Screenshot 2022 09 11 At 12.42.30 Pm

Perancangan untuk membina bulan itu bakal menempatkan resort dengan ketinggian 735 kaki dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun. Diberi nama Moon Resort, Dubai menjangkakan binaan terbaharu mereka itu mampu menarik lebih 2.5 juta pengunjung setiap tahun.

Moon Resort bakal merancakkan lagi ekonomi negara timur tengah itu dengan kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan untuk pengunjung. Antaranya wellness centre, kelab malam, pelancongan angkasa lepas, dan pelbagai teknologi dan kemudahan lain. Moon Resort akan menfokuskan pelancongan angkasa lepas mampu milik dengan pengalaman seolah-olah berada di bulan kepada pengunjung yang ke sana kelak.

Screenshot 2022 09 11 At 12.43.05 Pm

Selain tarikan itu, Moon Resort turut akan menjadi hab untuk agensi angkasa dan angkasawan mereka melakukan latihan sebelum berlepas. Sebahagian resort ini juga akan dijual kepada umum dengan 300 residensi ‘Sky Villa’ telah disediakan khusus. Pemilik residensi akan secara automatik menjadi ahli eksklusif kelab di resort itu.

 

Sumber: Unilad

 

Baca: Dulu Jepun Ada Impian Untuk Bina Bangunan Setinggi 10km Lebih Tinggi Dari Gunung Everest

Screenshot 2022 09 11 At 12.45.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.