in

“China tak nak bebaskan Uighur ke?” – 54,000 Banduan Iran Dibebaskan Untuk Cegah Covid-19

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, kes Covid-19 di Iran semakin hari semakin meningkat, sebab tu negara ni tengah cuba apa yang dorang mampu untuk mencegah virus ini dari terus merebak.


Menurut BBC, sebanyak 54,000 banduan telah dibebaskan buat sementara waktu bagi mencegah penyebaran wabak ini di dalam penjara yang sesak.

Seorang jurucakap kehakiman, Gholamhossein Esmaili berkata, banduan-banduan ini dibenarkan untuk keluar selepas dorang disahkan bebas dari Covid-19 dan membayar ikat jamin.

201808Mena Iran Relativesofdervishes 768X434 1

Pun begitu, banduan yang dijatuhkan hukuman penjara lebih dari lima tahun tak dibenarkan keluar.

Pada Selasa lalu, kementerian kesihatan di sana mengesahkan angka kes sah Covid-19 telah meningkat naik sebanyak 50% dalam masa dua hari.

Dilaporkan, jumlah kes Covid-19 di Iran sekarang adalah 2,336 namun mereka percaya jumlah sebenar adalah lebih tinggi.

 

Baca: “Hanya sebab dia Cina” – Fobia COVID-19 Punya Pasal, Lelaki Cina Ini Dibelasah Tanpa Sebab Di London

Feat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.