China Berjaya Kawal Wabak Covid-19, Rakyat Malaysia Di China Kongsi Bagaimana Mereka Lakukannya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seperti yang kita tahu wabak koronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19 bermula daripada Wuhan, China. Setelah usaha dan pelbagai insiatif yang telah dilakukan akhirnya China berjaya mengawal wabak.

Menurut posting @AnginJalan di Twitter, menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.

Oleh itu, diorang hantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan ke Itali untuk membantu mereka mengatasi wabak ini. Hal ini demikian kerana jumlah kes yang direkodkan di Itali lebih daripada 30,000 kes, lapor Worldometers.

Menurut posting tersebut juga, dia membaca satu perkongsian rakyat Malaysia di Chingqing, China bagaimana cara negara tersebut mengawal wabak ini. Menurutnya, bukan Wuhan je yang kuarantin malah seluruh China turut buat benda sama.

Senarai di bawah ni cara bagaimana diorang handle wabak ni.

Hanya sorang wakil rumah je yang akan keluar rumah untuk beli barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari. 

Premis yang buka maksudnya just kedai barang keperluan, supermarket, farmasi dan klinik yang penting je. Orang ramai dilarang untuk melepak dan berjalan tanpa tujuan. Kalau polis tengok, diorang akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Pemeriksaan suhu badan

Semua orang mesti check suhu badan sebelum masuk ke mana-mana bangunan. Tempoh kuarantin kat sana berlaku selama 40 hari termasuk takde yang pergi ke sekolah dan tempat kerja.

Kalau keluar rumah ini yang diorang buat :

  1. Pakai topeng muka
  2. Bawa hand sanitizer
  3. Kalau pegang butang lif diorang akan sanitize tangan diorang lepas pegang butang lif sebelum masuk kereta dan pegang barang lain
  4. Diorang cuba elak untuk pegang bahagian muka especially hidung, mulut dan mata. Kalau perlu diorang akan sanitize dulu lepas tu baru guna baju bahagian dalam untuk lap
  5. Lepas beli barang, diorang akan masukkan barang dalam kereta lepas tu sanitize tangan
  6. Balik rumah diorang akan basuh tangan guna sabun, tanggalkan mask dan gantung semula di bahagian berudara untuk dipakai semula.
  7. Lepastu diorang akan tukar baju dan basuh baju tu dengan suhu air 60 darjah celcius dan terus mandi
  8. Sanatize barang yang dibeli, plastik, recycle bag, kunci kereta, pemegang pintu dan handphone

Dekat sana, diorang lebih prefer guna sistem e-wallet untuk buat pembayaran. In case nak guna duit diorang akan sanitize juga tangan.

So, korang tak salah kalau kita ikut cara ni mana tau kita sama-sama dapat kurangkan wabak ni dekat Malaysia. 

Baca : “Tak payah borong semua benda” – Ini Senarai Barang Dan Makanan Yang Korang Perlu Beli Kalau Malaysia Kena Lockdown

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Suka dengan aktiviti lasak. Juga penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Maybe lagi selesa pakai sneakers daripada heels