in

“Cerita komedi pun ada?” – Ini 7 Filem Yang Jadi Inspirasi Kepada Jenayah Sebenar

collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya filem dibuat berdasarkan inspirasi kepada cerita-cerita sebenar yang berlaku, tapi kadang-kadang benda sebaliknya boleh berlaku sehingga mendatangkan bahaya.

Kalau korang nak tahu, beberapa filem telah menjadi inspirasi untuk seseorang melakukan jenayah sama ada melalui jalan cerita yang mereka tengok atau cuba buat semula apa yang dilakukan oleh sesuatu karakter di dalam filem.


Dekat bawah ni merupakan filem-filem yang telah menjadi inspirasi kepada jenayah sebenar.

Artikel berkaitan: “Based on true story!” – Ini 8 Filem Malaysia Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Artikel berkaitan: 5 Filem Misteri Korea Paling Best Korang Wajib Tonton, Confirm Puas Hati!

1. Scream

Culture Scream scrfp 018r.jpg

Filem horror atau thriller sering menjadi genre utama yang menjadi ikutan orang untuk melakukan jenayah. Salah satunya adalah filem klasik 1996 ini yang telah menjadi inspirasi kepada banyak pembunuhan sebenar!

Antara jenayah yang terkenal merupakan pembunuhan Alisson Cambier yang berusia 15 tahun oleh seorang lelaki berusia 24 tahun, Tierry Jardin yang telah menikam remaja ini berulang kali sambil memakai kostum muka hantu seperti di dalam filem.

Selain itu, seorang lagi remaja berasal dari Idaho, Cassie Jo Stoddart turut menerima nasib yang sama apabila dia telah dibunuh oleh rakan sekelasnya Brian Lee Draper dan Torrey Michael Adamcik yang cuba mencipta semula babak filem Scream.

2. Saw

95abab7ece31abcfb22867b5803384248b 24 saw puppet.rsquare.w400.jpg

Seperti Scream, Saw juga turut memberi inspirasi untuk beberapa individu melakukan jenayah lebih-lebih lagi remaja.

Kejadian pertama berlaku pada 2007 apabila dua remaja berusia 13 tahun membuat keputusan untuk prank seorang wanita dengan membuat panggilan telefon dan memberitahu bahawa salah seorang rakan wanita ini telah dikunci di dalam rumahnya dan dia mempunyai masa 10 minit untuk mencarinya sebelum dia dibunuh.

Mangsa prank, Beverly Dickson telah panik selepas mendapat panggilan tersebut sehingga dia mendapat serangan strok yang dahsyat sehingga memberi kesan pada kehidupannya.

Dua tahun kemudian, dua remaja dari Salt Lake City telah merancang untuk menyeksa tiga mangsa seperti yang mereka tonton dalam filem Saw, namun begitu, ibu salah seorang dari mereka telah dapat tahu mengenai rancangan tersebut dan membuat laporan kepada pihak polis sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

3. Twilight

MV5BMjAzMTc3NDg1M15BMl5BanBnXkFtZTcwMzI3MzIzMw@@. V1

Ketika filem Twilight dikeluarkan, ramai remaja yang menjadi obses dengan filem ini menjadi fenomena yang dahsyat pada awal tahun 2000.

Fenomena ini turut menjadi inspirasi kepada jenayah sebenar apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Iowa telah dibuang dari sekolah dan dihantar ke tahanan juvana kerana menggigit 11 pelajar perempuan.

Menurut bapanya, anaknya ini bertindak sedemikian kerana terpengaruh dengan filem yang dibintangi oleh Kristen Stewart dan Robert Pattinson. Tak pasal-pasal je!

4. Fight Club

MV5BMjk3NTYyMzc4Nl5BMl5BanBnXkFtZTcwODU3ODMzMw@@. V1

Selepas tayangan filem David Fincher, Fight Club pada 1999 sehingga mencetuskan inspirasi ramai untuk membuat kelab yang sama seperti di dalam filem.

Namun begitu, salah satu kelab ini telah mendapat perhatian seluruh dunia apabila ia melibatkan kanak-kanak. Pada tahun 2015, pekerja-pekerja pusat penjagaan kanak-kanak telah mencipta kontroversi selepas mereka mahu membuat fight club versi kanak-kanak.

Dua pekerja telah membuatkan dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun bergaduh dan merakamkan pergaduhan mereka sebelum memuat naiknya di Snapchat. Malah, cikgu-cikgu ini turut melibatkan ibu bapa kanak-kanak dan meminta agar mereka menghormati syarat kelab tersebut untuk tidak bercakap tentang kelab tersebut.

Satu kejadian yang sama turut berlaku pada 2018 di pusat penjagaan kanak-kanak di St. Louis sehingga ibu bapa di sana bertindak menyaman institusi tersebut.

5. Child’s play

original.jpg

Filem yang menunjukkan patung yang gemar membunuh, Chucky merupakan filem seram yang sangat popular sehingga sekarang.

Karakter menakutkan ini telah menjadi inspirasi untuk ramai orang di seluruh dunia untuk melakukan jenayah-jenayah yang kejam.

Antara kes yang popular melibatkan Suzanne Capper, seorang remaja dari Britain yang telah diseksa dengan teruk dan dibunuh oleh sekumpulan remaja diketuai oleh bekas pengasuh mereka Jean Powell, bekas suaminya Glyn Powell dan Bernadette McNeilly. Ketika mereka melakukan jenayah ini, mereka telah mengutarakan beberapa ayat seperti di dalam filem seperti “Chucky’s coming to play”.

6. The Dark Knight

10 year anniversary the dark knight gq.jpg

Filem The Dark Knight merupakan salah satu lakonan terbaik dari Heath Ledger dalam sejarah sinema yang membawa watak sebagai Joker yang menakutkan.

Pada 2009, seorang pelajar sekolah telah membuat parut Joker pada dirinya sendiri dan memakai makeup seperti karakter tersebut dan cuba untuk mencederakan salah seorang gurunya.

Dalam insiden lain, seorang lelaki berusia 20 tahun, Kim De Gelder telah masuk ke dalam sebuah taska sambil berpakaian seperti Joker dan membunuh tiga orang serta mencederakan 12 orang termasuk kanak-kanak dan dewasa.

7. Wedding Crasher

7685211f 453c 4e78 8ef0 2fe0deebe454 i b0 wedding badsummer 29.JPG

Komedi yang ditayangkan pada 2005 ni memang tak expect betul boleh masuk dalam senarai ni. Namun begitu, salah satu babak di dalam filem ini telah menjadi inspirasi kepada beberapa insiden yang serius.

Babak tersebut ialah apabila watak utamanya John, cuba untuk luangkan lebih banyak masa dengan Claire untuk memikat wanita ini dengan meletakkan eye drop  ke dalam minuman teman lelakinya menjadikan dia terus jatuh sakit.

Kalau korang nak tahu, mencampurkan minuman dengan eye drop sebenarnya jauh lebih bahaya dari apa yang korang tonton dalam filem tersebut, malah ia boleh menyebabkan kematian tau!

Ekoran dari babak ni, ramai yang cuba untuk campurkan ubat mata ni dalam minuman dan salah satu kes terkenal adalah kes Lana Sue Clayton yang telah membunuh suaminya dengan melakukan cara yang sama dan mendapat hukuman penjara selama 25 tahun.

Sumber: Movieweb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.