in

Cepat Lapar Walaupun Makan Banyak Ketika Sahur? Ini Penjelasan Pakar Nutrisi

Makan Makanan Berkhasiat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali Ramadan, pastinya ramai sudah merancang makanan yang ingin dimasak pada waktu  berbuka nanti atau ada yang memilih untuk berbuka puasa di luar.


Pun begitu, pakar pemakanan dan pakar kesihatan,menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan kesederhanaan dan mengambil kira pengambilan makanan sama ada ketika sahur mahupun berbuka.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Prof Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof juga menasihati orang ramai supaya menyediakan senarai makanan atau barangan yang diperlukan untuk memasak selain mengehadkan pengambilan makanan berminyak dan air manis.

Lelaki Sedang Memotong Sayur

Pengambilan karbohidrat yang diproses harus diminimumkan kerana peningkatan dan penurunan tahap glukosa (daripada memakan ini) boleh mengakibatkan seseorang  rasa lapar dan juga berasa letih.

Sebaliknya, untuk memastikan seseorang kurang berasa lapar, pastikan kualiti makanan diutamakan dan memastikan ianya seimbang dengan protein berasaskan haiwan dan sayuran seperti tempe atau tauhu ditambah dengan sayuran dan buah.

Tambah beliau lagi, orang ramai harus merancang sebelum ke bazar Ramadan kerana rata-rata akan pergi sekitar jam 5 atau 6 petang, sewaktu perut tengah lapar dan berselera. Ini sebenarnya punca mengapa pembaziran berlaku.

Orang Ramai Di Bazar Ramadan

Dr Barakatun juga menyarankan mereka yang ingin membeli makanan di bazar membeli makanan yang kurang berminyak seperti ayam panggang, ikan panggang dan lebihkan sayuran hijau.

Penasihat perubatan holistik, Datuk Dr Rajen M pula menjelaskan tanggapan salah orang ramai semasa bersahur, iaitu makan bahagian yang lebih besar untuk mengekalkan badan untuk tempoh yang lebih lama.

Menurutnya, amalan ini akan memberikan tekanan pada badan. Sebaliknya, orang ramai dinasihatkan supaya banyak mengambil makanan yang lambat dihadam seperti daging ataupun sayur.

Baca : Jom Tengok Menu Wajib Ketika Ramadan Di 7 Negara Lain, Kita Pun Boleh Cuba!

Collage 47

Sumber: Pexels
Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.