Aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice baru-baru ini membuat satu pendedahan berkenaan dengan sebuah tadika terkenal.
Menerusi Instagram dan Threads, Caprice mendakwa banyak ibu bapa membuat aduan menunjukkan kesan luka pada badan anak-anak mereka yang bersekolah di tadika itu.
Artikel berkaitan: Pernah Tular Jual Air Balang Sambil Jaga Isteri Strok, Caprice Kongsi Puan Roslina Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: Polis Hadir Ke Rumah Caprice Untuk Serahkan Surat Panggil Saksi
Cikgu dera murid?
Oleh itu, Caprice menggesa Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk melakukan siasatan dengan kadar segera.
Boleh lihat hantaran tersebut di sini
Menjengah ke ruangan komen di Threads, ramai netizen kongsikan pengalaman anak mereka dan mendakwa telah didera oleh pihak tadika tersebut dan turut mendedahkan yang guru anaknya itu hanya berkelulusan SPM.
Netizen tersebut turut mendedahkan yang dia membayar sekitar RM1,000 sebulan, namun layanan buruk yang diterima.

Bukan itu sahaja, ada juga yang merasai pengalaman lebih kurang sama di salah satu cawangannya di Negeri Sembilan. Jelasnya, pihak tadika itu cuba berdalih apabila ada yang meminta ingin melihat rakaman CCTV.

Malah, ada juga yang mengatakan parut di dahi anaknya itu tidak hilang sejak tahun 2022 saat menukar cawangan tadika dari Terengganu ke Selangor sebelum memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Sumber: Threads
