in

Calon PKS DUN Kiulu Pengsan Ketika Penamaan Calon PRN Sabah

prn sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana di pusat penamaan calon PRN Sabah kecoh seketika apabila calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bagi DUN Kiulu, Dusi Gingging, tiba-tiba pengsan semasa proses penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Sabtu.

Dusi dikatakan tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 7.30 pagi, sebelum kejadian berlaku.


Calon Barisan Nasional (BN) untuk DUN Sulaman, Dr. Shahnon Rizal Thaijuddin, serta calon Parti Warisan (Warisan), Lee Han Kyun @ Joseph Lee, segera membantu beliau sementara menunggu ketibaan pasukan perubatan.

Artikel berkaitan: Penyanyi Veteran, Abu Bakar Ellah Bertanding PRN Sabah

Artikel berkaitan: Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

3341137
Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bagi DUN Kiulu, Dusi Gingging, tiba-tiba pengsan semasa proses penamaan calon.

Dusi kemudian dikejarkan ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans bagi menerima rawatan lanjut.

Wakil calon turut menyerahkan borang pencalonannya bagi memastikan proses tersebut tetap berjalan.

Setakat ini, keadaan kesihatan Dusi belum diketahui secara rasmi.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.