in

Calon PhD Di Switzerland Makan Makanan Kucing Untuk Jimat

6makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang mahasiswa Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari China mencuri perhatian dunia apabila mengakui menjadikan makanan kucing sebagai sumber protein utama bagi menampung kehidupan di Switzerland yang terkenal dengan kos sara hidup tinggi.

Mahasiswa tersebut, yang menggunakan nama samaran “The Artful Cheapskate” di media sosial, kini menetap di Switzerland dan sedang menamatkan pengajian di sebuah institut penyelidikan ternama negara itu. Beliau berkongsi kisah hidupnya yang luar biasa, termasuk bagaimana amalan berjimat ekstrem membantunya bertahan dengan perbelanjaan bulanan sekitar RM5,200 hingga RM7,800.


Screenshot 2025 10 05 at 12.12.17 PM

Renwu, lulusan perubatan dari China, pada awalnya menabung kira-kira RM200,000 hasil kerjanya di Shanghai sebelum menyambung pengajian PhD. Namun, kekangan undang-undang yang tidak membenarkan pelajar antarabangsa bekerja di Switzerland memaksanya mencari alternatif bagi memastikan kelangsungan hidup.

Beliau menjelaskan bahawa makanan kucing menjadi pilihan terbaik kerana kandungan proteinnya yang tinggi dan harganya jauh lebih murah berbanding daging segar. Satu bungkus makanan kucing seberat tiga kilogram hanya berharga sekitar RM19 dan mengandungi 32 peratus protein, menjadikannya sumber tenaga utama bagi meneruskan kajian dan kehidupan seharian.

Selain itu, Renwu turut menjadikan aktiviti menderma darah sebagai cara menjimatkan kos makan tengah hari kerana hospital menyediakan hidangan percuma untuk penderma. Kini, setelah menerima biasiswa dan peluang menyertai program akademik di Harvard University, Amerika Syarikat, beliau bertekad untuk terus mengekalkan gaya hidup berjimat yang diamalkannya selama ini.

Sumber: Sinar Harian

Baca: Buat Jadi Busuk & Bersepah, ‘Owner’ Kedai Kesal Individu Beri Makan Kucing Depan Premis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.