in

“Cacatkan sistem saraf bayi” – Doktor Kongsi Ibu Hamil Perlu Berhati-hati Main Dengan Kucing Sebab…

Ibu Hamil Najis Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah duka di media sosial memaklumkan bayi dalam kandungannya yang berusia sembilan bulan sudah meninggal dunia.


Menurutnya, doktor memaklumkan punca kematian bayinya kerana dijangkiti virus toksoplasmosis iaitu jangkitan dari najis kucing sejak awal kandungan lagi.

Melihat luahan wanita itu, doktor yang aktif di media sosial, Dr Wan Share terpanggil untuk mengulas mengenai perkara tersebut menerusi laman TikTok.

Artikel berkaitan: Ada Yang Geli Tengok Nabila Huda Kongsi Makanan Dengan Kucing, Ini Respon Tuan Badan

Artikel berkaitan:  Ibu Hamil Kena Alert! 5 Jenis Ubat Ini Boleh Sebabkan Cacat Janin & Keguguran

Menurut Dr Wan Share, ada dua tempat yang perlu pencinta kucing terutama golongan hamil perlu berhati-hati iaitu di bahagian punggung kucing dan tempat buang najis haiwan itu.

@dr1share

Attention kepada pencinta kucing… Hati2 kalau yang dok main dengan kucing, and mengandung… Bahaya… #shouldbeme #tiktokguru #dr1share #cat #pencintakucing

♬ original sound – DR1 SHARE – WAN SHARE

“Kedua-dua tempat ini ada parasit toxoplasma gondii yang menggugurkan kandungan. Parasit ini juga mengganggu pertumbuhan sistem saraf bayi.

“Dah banyak kajian yang menunjukkan parasit ini mencacatkan sistem saraf bayi, juga menyebabkan kelahiran cacat,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menasihati kepada golongan wanita yang hamil supaya berhati-hati apabila bermain dengan si bulus.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan parasit ini turut terdapat pada daging tercemar yang tidak matang dan menasihati golongan ini untuk elak daripada makan makanan mentah.

Bela kucing tak salah, tapi perlu berhati-hati dengan najis haiwan ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.