in

“Busuknya hati” – Restoran ‘Rembayung’ Khairul Aming Belum Buka, Tapi Sudah Terima 1 Bintang Di Google Review

rembayung google review

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, nama pempengaruh media sosial dan ahli perniagaan makanan, Khairul Aming menjadi sebutan ramai selepas mendedahkan bahawa dia akan membuka restoran pertamanya, Rembayung di Kampung Baru.

Pengumuman daripada Khairul Aming itu membuatkan rata-rata netizen teruja, malah terkejut apabila mengetahui projek tersebut sudahpun dirancang setahun yang lalu dengan membabitkan kos RM4 juta.


@khairulaming

Selepas setahun simpan rahsia, restoran pertama Khairulaming telah pun siap. Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung ❤️

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Artikel berkaitan: “KA tak macam founder yang syok sendiri” – Khairul Aming Profesional Bila Pelanggan Bagi Review Rendang Nyet 6/10

Artikel berkaitan: “Ready nak battle” – Khairul Aming Keluarkan Produk Ketiga, Rendang Nyet!

Restoran belum buka, tapi dah dapat review 1 bintang? 

Walau bagaimanapun, di sebalik ucapan tahniah dan keterujaan yang dinyatakan orang ramai, agak terkejut juga apabila ada netizen menyatakan bahawa Restoran Rembayung menerima satu bintang di Google Review.

Tidak tahu di mana silapnya kerana restoran itu juga belum lagi beroperasi, rata-rata yang memberi rating satu bintang itu meninggalkan komen seperti ‘bimbang akan kesesakan jalan raya berlaku’, ‘ada sijil halal atau tak’ dan siap ada yang beri rating makanan di restoran itu meskipun restorannya belum dibuka.

rembayung 1

589961471 17935841004110217 1299239344818029903 n side

591525346 17935840995110217 4691437811975782225 n side

Netizen di Threads berpendapat tindakan orang ramai yang meninggalkan komen dan rating satu bintang itu sebagai tidak bertanggungjawab dan dengki dengan kejayaan orang lain.

Malah ada juga yang merasakan rakyat Malaysia sebenarnya masih belum memahami kegunaan sebenar Google Review tersebut.

dol

Dalam pada itu, masih ramai yang memberikan komen serta rating yang baik buat restoran itu yang kini memperoleh 4.9 bintang.

Netizen juga mendoakan agar perniagaan Khairul Aming terus maju dan menjadi contoh yang baik untuk usahawan muda yang lain.

Sumber: Threads, Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.