in

Bungkusan Misteri Atas Kereta Tiba-tiba Meletup, Tukang Masak Maut

Bungkusan Meletup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang tukang masak maut apabila didakwa sebuah bungkusan di atas keretanya meletup sejurus dia memegang dan memeriksa bungkusan tersebut.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam di Pandan Indah, Ampang Jaya, mangsa berusia 28 tahun itu dilaporkan mahu mengalihkan sebuah bungkusan yang diletakkan di atas keretanya selepas dimaklumkan oleh rakan sekerjanya mengenai bungkusan berkenaan.

https://www.facebook.com/watch/?v=3272692172950876

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, memberitahu bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya.

Difahamkan, letupan tersebut turut menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.

“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

Baca: Letupan Kedua Di Landasan Kereta Api Hat Yai-Padang Besar Bukan Sebab Kecuaian – Polis

Letupan Bom Hatyai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.