in

Letupan Kedua Di Landasan Kereta Api Hat Yai-Padang Besar Bukan Sebab Kecuaian – Polis

letupan bom hatyai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hat Yai, Thailand merupakan salah satu destinasi pelancongan yang kian diminati oleh pelancong terutama sekali pelancong dari Malaysia kerana ia merupakan syurga buat kaki shopping serta bandar tersebut mempunyai pelbagai pilihan makanan halal.

Ramai pelancong Malaysia suka menggunakan perkhidmatan kereta api untuk ke Hat Yai sebagai alternatif.


Pun begitu, pada 3 Disember terdapat letupan bom di landasan yang menghubungkan bandar itu dengan Padang Besar, Perlis.

Letupan pertama itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan hanya menyebabkan kerosakan beberapa gerabak kontena membawa getah bagaimanapun semalam terdapat sebuah lagi letupan di tempat sama kira-kira 400m dari insiden pertama.

Letupan kuat itu menyebabkan tiga pekerja maut di tempat kejadian manakala empat lagi dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut laporan Astro AWANI, pihak polis Thailand bagaimanapun menafikan kenyataan yang mengatakan letupan kedua itu berpunca daripada kecuaian skuad pemusnah bom rentetan letupan yang pertama pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Songkhla Mejar Jeneral Wara Vechapinan berkata skuad pemusnah bom telah memeriksa tempat kejadian untuk menjaga dan memastikan keselamatan awam.

Selain itu, beliau menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kerosakan peranti pengesan bom termasuk cuaca dan pihaknya akan meneruskan siasatan yang lebih terperinci.

Baca: Landasan Kereta Api Hatyai-Padang Besar Dibom, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

F1 Keteapi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.