in

“Merafak sembah memohon maaf” – Pekerja Noor Kartini ‘Buka Mulut’, Mengaku Tersalah Guna Akaun Instagram

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam agak kecoh di Instagram selepas ibu Neelofa, Noor Kartini didakwa telah mempertikaikan titah Sultan Johor melalui Instagram peribadinya sehingga Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sendiri telah menegur tindakan tersebut.


Walaupun posting tersebut telah dipadamkan beberapa minit selepas dimuat naik, netizen sempat mengambil tangkap layar dan menularkan perkara tersebut namun menerusi kenyataan Noor Kartini, posting tersebut telah dibuat oleh pekerjanya yang menguruskan akaun Instagram miliknya dan telah pun membuat laporan polis.

189139812 3120471741612519 782591078145611579 N 1

Susulan ini juga, pekerja Noor Kartini, Zulshafiqah sebentar tadi melalui akaun Instagramnya telah pun membuat permohonan maaf secara rasmi dan mengaku bertanggungjawab atas kes yang tular itu.

Dalam kenyataan tersebut, Zulshafiqah menjelaskan yang dia telah tersilap dan tak ada niat untuk memuat naik tangkap layar tersebut di Instagram Noor Kartini mahu pun Instagram peribadinya.

Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja.”

Tambahnya lagi, semua tulisan dalam gambar tersebut bukan ditulis olehnya mahu pun Noor Kartini.

Tak cukup dengan itu, Zulshafiqah juga turut menjelaskan yang dia sudah pun memberi kenyataan kepada pihak polis bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Bersama kenyataan ini, Zulshafiqah turut meminta maaf kepada Agong, Sultan Johor dan seluruh Kerabat  DiRaja Johor.

Patik merafak sembah memohon maaf atas kecuaian yang terjadi. Saya juga dengan rendah diri memohon maaf kepada Datin Noor Kartini Noor Mohamaed serta keluarga atas kecuaian saya yang telah menimbulkan masalah kepada Datin Noor Kartini sekeluarga.”

 

Baca: “Adab tidak boleh dijual beli” – Tunku Idris ‘Tegur’ Ibu Neelofa Didakwa Kes Hina Sultan Johor di IG Stories

Terguran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.