Baru-baru ini, kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi telah mendapat perhatian banyak pihak selepas dia mengatakan sembilan anggota polis yang sedang disiasat kerana dipercayai terlibat kes peras ugut akan ditukarkan tugasan ke Sabah dan Sarawak, lapor Sinar Harian.
Kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
“Siasatan masih dijalankan melibatkan semua aspek dan saya tegaskan bahawa Polis Selangor sama sekali tidak berkompromi terhadap anggota atau pegawai yang terlibat dalam sebarang kes jenayah.”
Ekoran ini, Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah menerusi media sosial telah mengecam tindakan pasukan polis dengan menegaskan Sabah dan Sarawak bukanlah “tong sampah” untuk mana-mana orang yang bermasalah.
Tolong lah Federal. Sabah Sarawak bukan nya tong sampah. Sudah lah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkan lah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah. Sampai bila kami mau maju? Stop treating us like this!”
https://www.facebook.com/munirahmajilis/posts/609946793821995
Ramai netizen turut bersetuju dengan kenyataan Isnaraissah ini. Mereka mengatakan amalan ini telah lama dibuat untuk mana-mana penjawat awam yang bermasalah dan sepatutnya tindakan yang lebih tegas perlu diambil.
Pertukaran anggota polis bermasalah ditunda
Dalam satu kenyataan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak mengatakan yang mereka telah pun membuat pemeriksaan mengenai perkara ini ke Pejabat Pesuruhjaya Polis Negeri dan mengesahkan anggota polis yang terlibat masih belum melaporkan diri untuk bertugas di negeri tersebut.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri memang mengalu-alukan pertukaran anggota polis ke sana untuk menambahkan bilangan pasukan namun berharap hanya anggota dengan integriti yang tinggi dipindahkan, lapor FMT.
Manakala menurut Malay Mail, Ketua Polis Tan Sri Acryl Sani berkata, pertukaran sembilan anggota bermasalah ini akan dikaji semula selepas menerima bantahan dari orang ramai dan kerajaan Sabah dan Sarawak.
Saya telah mengambil maklum mengenai isu ini dan sudah pun mengarahkan Jabatan Pengurusan Polis untuk mengkaji semula perkara ini.
“Kami berterima kasih atas maklum balas dan akan mengambil semua pandangan dari kerajaan Sabah dan Sarawak.”
Baca: “Respect!” – [VIDEO] Tindakan Polis Trafik Bersihkan Longkang Tersumbat Dapat Pujian Netizen