in

“Respect!” – [VIDEO] Tindakan Polis Trafik Bersihkan Longkang Tersumbat Dapat Pujian Netizen

Pagex 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak seperti yang sesetengah pihak stereotaipkan, tugas seorang anggota polis trafik tidak terhad kepada mengeluarkan saman dan menjaga trafik ketika sesak sahaja.


Mereka juga bertanggungjawab memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan orang awam di jalan raya. Namun, ada ketikanya masalah pada trafik tidak berpunca dari jalan raya itu sendiri.

Baru-baru ini, seorang anggota polis trafik dipuji oleh orang ramai atas usahanya yang sanggup membersihkan lubang di dalam longkang demi melancarkan saluran air tersumbat.

Berlaku di Kampung Meruntum, Sabah, usaha murni itu dilaksanakan oleh Koperal Shah Erman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Koperal Shah Erman bertindak demikian selepas melihat keadaan jalan di bahagian atas longkang itu yang sudah dinaiki air, sekaligus menjejaskan pengguna jalan raya tersebut.

Setelah beberapa kali dijolok oleh anggota polis trafik tersebut menggunakan dahan yang panjang, saluran pada longkang itu akhirnya mula berfungsi dan mengeluarkan air yang bertakung.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim menyatakan Shah Erman bertindak demikian ketika menjalankan tugas ‘point duty’ bersama dua lagi anggota, Sarjan Fadzil dan Konstabel Syazwan yang turut serta mengawal keadaan trafik.

“Terima kasih abang polis trafik!”

Melalui laman Twitter, ramai netizen memuji tindakan Shah Erman yang tidak kisah ‘berendam’ dalam air longkang dan mengotorkan uniformnya, hanya untuk memudahkan pengguna jalan raya yang terjejas akibat air yang bertakung.

Ada juga yang menegur sikap sesetengah pengguna jalan raya yang suka membuang sampah merata-rata, menjadi punca longkang tersebut tersumbat dan gagal menyalurkan air.

3 Vert 1

Salute lah abang polis trafik! Semoga sentiasa dipermudahkan urusan di masa akan datang…

Baca: “Polis trafik pencen kot” – Aksi Makcik Beri Laluan Kepada Ambulans Raih Pujian Netizen

1 7

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.