Nama selebriti dan personaliti media sosial, Aisar Khaled tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial.
Baru-baru ini, nama pemuda ini sekali lagi menjadi bualan warganet apabila dia memuat naik sebuah video yang memperlihatkan dirinya solat di pelbagai tempat seperti gimnasium, bengkel kereta dan di tepi stesen minyak.
“Tidak Kira Sibuk Kerja Dan Berada Dimana , Solat Jangan Tinggal”, tulis Aisar di hantaran Instagram tersebut.
https://www.instagram.com/p/CYtJm6vKl1t/
Bagaimanapun, perkongsian video tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada warganet. Ada yang memahami maksud yang ingin disampaikan oleh pemuda ini, namun ada juga yang keliru mengapa dia solat di luar stesen minyak.
Dalam video tersebut, Aisar memperlihatkan dirinya sedang solat Maghrib di luar sebuah stesen minyak. Situasi ini menimbulkan persoalan kepada warganet, bukankah stesen minyak menyediakan ruang solat buat pengunjung?
“alhamdulillah.. tapi nak kabo shell kn ada surau..”, komen seorang warganet selepas melihat pemuda ini solat di tepi jalan.
Bagaimanapun, Aisar menjelaskan dia mahu menunjukkan bahawa seseorang Muslim itu boleh solat di mana-mana sahaja.
BACA: “Membazir gila” – Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’, YouTuber Ini Dikecam Netizen