in

“Bukan nak capai herd imuniti, ni capai kluster pusat vaksin” – [Video] Orang Ramai Bersesak Depan PPV Tanpa Jaga Jarak

Ft Orang Bersesak Di Ppv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas satu video dilihat orang ramai datang walk in dekat PPV Hotel Grand Season, KL semalam, muncul lagi satu video orang ramai bersesak tanpa ikut SOP.


Berdasarkan satu perkongsian dari Twitter @hadesmelayu ini, dilihat orang bersesak itu seperti tidak menjaga jarak.

 

Ni nak capai kluster pusat vaksin!

Menurut sumber, kejadian ini dikatakan berlaku di PPV Dewan Seri Perdana, Lahad Datu Sabah. Kelihatan orang ramai beratur dengan rapat dibawah cuaca panas terik.

Biarpun masih belum dikenal pasti waktu kejadian, namun, sepanjang tempoh artikel ini ditulis, video tersebut dimuat naik pada sejam lepas.

Orang Bersesak Di Ppv 7

Melihat video itu, individu yang kongsikan perkara ini menzahirkan rasa bimbang kerana kes kini kian meningkat.

Sebagai rujukan, untuk hari ini (12/8/2021), angka kes harian terbaru jangkitan Covid-19 telah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 21,668 kes yang telah menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat ke 1,342,215 kes.

 Asyik nak salahkan kerajaan tapi orang kita sendiri perangai macam ni. Sampai bila wei. Letih!”

Dalam pada itu, individu yang kongsikan video ini turut meminta agar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memperincikan perlaksanaan pengambilan vaksin secara walk in dan rancang dengan teliti.

Dia juga turut memohon agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk kaji semula SOP pengambilan vaksin.

 

Penat la macam ni – Netizen

Keluhan itu juga turut dirasai oleh netizen lain apabila melihat video ini, mereka mengatakan bahawa mereka juga dah penat berkurung di dalam rumah dalam tempoh yang lama.

Orang Bersesak Di Ppv 5 Orang Bersesak Di Ppv 4 Orang Bersesak Di Ppv 3 Orang Bersesak Di Ppv 2 Orang Bersesak Di Ppv

Dalam pada itu, ada juga yang marah melihat kelakuan mereka yang tidak patuh SOP ini, bahkan ada netizen mendakwa perkara lebih kurang sama berlaku dekat PPV lain, ada juga yang memberikan cadangan alternatif lain supaya proses aliran pemberian vaksin ini akan lebih sistematik.

 

Baca : “Sgt2 mengecewakan” – PPV Sesak, Orang Ramai Tak Jaga SOP Datang Walk-In Vaksin?

Fi Ppv Sesak

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.