in

“Bukan main dia terajang eh” – Video Viral Mat Motor Kena ‘Rembat’ Dengan Polis Trafik Depan Orang Awam

Tendang Polis Trafik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bukan main dia terajang eh" - Video Viral Mat Motor Kena 'Rembat' Dengan Polis Trafik Depan Orang Awam
Loading
/

Dalam dunia yang berpaksikan teknologi maklumat dan trend viral sana sini, berhati-hatilah kalau korang buat kesalahan atau tindakan mencurigakan di tempat awam sebab semuanya akan disebarkan di socmed dengan sepantas kilat!


Baru-baru ni, viral di Twitter sebuah video berdurasi 25 saat yang menunjukkan anggota polis trafik sedang ‘merembat’ seorang remaja di tempat awam. 

 

“Anggota trafik ini ‘merembatnya’ depan orang awam lain macam dia penjenayah besar” 

Menurut posting yang dimuat naik Twitter My Watch ini, remaja tersebut hanya berusia 17 tahun dan melakukan kesalahan iaitu dengan menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan di Jalan Kg Sireh, Kota Bharu. 

Namun cara polis trafik tersebut ‘merembatnya’ jadi persoalan sebab ia dilihat terlampau kasar dan dilakukan di tempat awam.

Remb
sumber: twitter

 

“Ini confirm ada kes lain. Jangan sebab video 25 saat dah percaya bulat-bulat” 

Bagaimana warga netizen mempunyai pandangan berbeza-beza mengenai rakaman video pendek ini.

Rata-rata netizen di Twitter berpendapat, mesti ada sesuatu yang terjadi sebelum video ni dirakam yang menyebabkan polis trafik tersebut berang dan tendang remaja tu macam tu sekali. Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang kan?

Sokong
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, video yang jugak viral di Facebook ni mendapat reaksi berbeza dengan netizen di sana apabila ramai yang menceritakan pengalaman berdepan situasi yang hampir sama. Erk!

Hentak
sumber: facebook

 

Polis Kelantan siasat rakaman anggota trafik tendang remaja 

Walau bagaimanapun, kes ini telah mendapat perhatian polis Kelantan yang kini sedang meneliti rakaman tersebut yang telah tular semalam. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya takkan berkompromi dengan mana-mana anggota yang cemar imej PDRM.

“Maklumat awal yang diperolehi mendapati ketika kejadian itu 4 anggota trafik melakukan rondaan sebelum terserempak dengan remaja berkenaan dalam keadaan mencurigakan. 

“Remaja itu didakwa tidak berhenti apabila diarah dan kemudian berlaku pergelutan sebelum ditahan. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu dikatakan menunggang tanpa lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh,” katanya.

Balun 1
sumber: twitter

Pun begitu pihak polis masih belum mendapat sebarang laporan dan alami kesukaran untuk kenalpasti anggota yang terlibat kerana imej video yang viral tu kurang jelas.

Siasatan dalaman sedang dijalankan dan anggota yang terbabit jika bersalah akan dikenakan tindakan tatatertib.

Harap-harap isu ni tidaklah memberi nama buruk kepada PDRM. 

Baca: [VIDEO] Terbaiklah! Mat Motor Bawa Polis Naik Yamaha R1, Kejar Suspek Langgar Lari

Tolong Polis Kejar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.