in

[VIDEO] Terbaiklah! Mat Motor Bawa Polis Naik Yamaha R1, Kejar Suspek Langgar Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
[VIDEO] Terbaiklah! Mat Motor Bawa Polis Naik Yamaha R1, Kejar Suspek Langgar Lari
/

Sikap prihatin seorang penunggang motosikal dari Thailand dapat perhatian ramai baru-baru ini. Chainarong Sookoon, 30, menumpangkan anggota polis untuk mengejar suspek kemalangan langgar lari.


Sumber: Facebook

Menurut laporan, polis Ao Lueak terima panggilan dari polis Phang Na memberitahu tentang seorang pemandu trak pikap sedang melarikan diri ke Krabi lepas terbabit insiden langgar lari.

Ketua Polis Ao Lueak, Kolonel Kritsanat Wongklaharn berkata, pihaknya kemudian terus buat road block tapi pemandu trak tu bertindak merempuh sekatan tersebut. Chainarong yang menyaksikan kejadian rempuhan road block tu terus offer seorang anggota polis untuk membonceng motor Yamaha R1 dia.

“Trak itu enggan berhenti di tempat pemeriksaan polis dan empat kereta polis terus mengejarnya. Seorang penunggang motosikal yang juga orang awam menawarkan bantuan. Tindakannya sangat berani dan bersemangat untuk bantu masyarakat.”

Kejadian yang berlaku dekat Jalan Seaboard, Krabi tu menyaksikan anggota polis yang bonceng motor Chainarong lepaskan satu das tembakan dekat tayar depan trak tapi dia masih enggan berhenti.

Lepas tu, dia tembak sekali lagi tanda amaran dan akhirnya pemandu tu berjaya dihentikan oleh polis. Suspek berusia 21 tahun tu kemudian didapati positif dadah dan memberitahu yang dia bergaduh dengan isteri.

Pemandu tu didakwa dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah, memandu tanpa menghiraukan keselamatan orang lain, melanggar isyarat jalan raya, dan memandu secara merbahaya.

Sumber: Facebook

Fuhhh! Dah macam dalam action movie plak! Thorrrbaek!

Baca: Rakaman CCTV Saat Orang Awam Kejar dan Halang Peragut Melarikan Diri Dipuji Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.