in

Bukan Main Canggih, Pengemis Di China Hanya Guna QR Pay Untuk Terima Sedekah

Page Pengemis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bercakap mengenai bersedekah, pastinya kita perlukan wang tunai untuk diberikan kepada orang yang memerlukan. Jumlah yang diberikan pula haruslah mengikut kemampuan masing-masing supaya lebih afdhal.


Boleh dikatakan kebanyakan negara menggunakan cara yang sedia ada seperti ini. Namun, berbeza pula dengan negara China kerana negara itu menggunakan kaedah yang lebih canggih berbanding negara-negara lain.

Ini kerana, pengemis di China hanya menggunakan kaedah QR Pay untuk diberikan sedekah. Cara tersebut telah diinovasikan selama hampir dua tahun malah semakin banyak digunakan ketika negara Tembok Besar itu dilanda wabak Covid-19.

Ramai yang kagum dengan cara tersebut malah ada yang mengatakan bahawa Malaysia juga seharusnya menggunakan kaedah itu kerana ia dilihatkan sebagai cara yang inovatif untuk diaplikasikan.

Full China

Di bahagian komen ada yang bergurau mengatakan mereka juga boleh membeli secara online bila menggunakan cara QR Pay itu. Bukan itu sahaja, mereka juga menulis yang mereka mampu untuk membeli barang dengan mudah.

Harapnya, di Malaysia nanti akan mula guna cara seperti China kerana kaedah ini sangat menyenangkan orang ramai. Tambah pula keadaan dunia dengan negara-negara yang membangun sekarang, memang amat digalakkan untuk aplikasi cara sebegini.

Baca: Pernah Viral Gambar Mengemis Tepi Jalan, Gadis Ini Kini Simpan Impian Jadi Miss Universe

Mengemis

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.