in

“Bukan kaleng-kaleng!” – Ini 5 Pemain Bola Sepak Negara Yang Mencipta Nama Di Peringkat Antarabangsa

Cats 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni memang hangat sukan bola sepak di Malaysia disebabkan penyertaan pasukan Harimau Malaya dalam kelayakan ke Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Oleh itu, memang tak putus-putus sokongan peminat negara agar pasukan kebangsaan mencipta nama di arena dunia.


Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita pada korang tentang pemain bola sepak Malaysia yang pernah mengharumkan nama di peringkat antarabangsa! Ada yang korang dah kenal ke?

1. Safee Sali

Safee

Walaupun dah bersara namun, namanya sering disebut-disebut dalam sukan ini. Mohd Safee bin Mohd Sali telah dilahirkan pada 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor. Dipercayai, dia telah memulakan karier bola sepak profesionalnya seawal usia 19 tahun lagi.

Untuk rekod, beliau banyak kali beraksi untuk beberapa kelab tempatan seperti pasukan Johor Darul Ta’zim, Kuala Lumpur City dan Malaysia. Namun, yang menjadi kebanggaan besarnya apabila dia berjaya menjejak kaki ke kelab luar negara, Pelita Jaya FC di Indonesia pada 2010.

Sepanjang kariernya selama hampir 20 tahun, dia telah banyak mengambil posisi penyerang dan peroleh kejayaan sehingga dibandingkan dengan legenda pemain bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Artikel berkaitan: “Sokong, tapi didenda!” – 5 Atlet Bola Sepak Yang Pernah Dihukum Sebab ‘Support’ Palestin

2. Nazmi Faiz

Nazmi157Faiz.transformed

Pemuda kelahiran Selangor ini telah bergiat aktif dalam sukan ini sejak zaman sekolah rendah lagi apabila dia banyak kali mewakili sekolahnya dalam perlawanan bola sepak. Ketika zaman remajanya pula, dia berjaya menganggotai pasukan Harimau Muda A pada 2011.

Bukan tu je, dia juga pernah menyertai skuad kebangsaan Malaysia B-23 yang pernah memenangi pingat emas dalam Sukan Asia Tenggara 2011.

Kehebatan Nazmi ni dilihat sampai ke luar negara apabila dia dijemput untuk bersama dengan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar selama tiga tahun ketika berumur 18 tahun. Kini, dia merupakan pemain posisi tengah Johor Darul Ta’zim dan menyarung jersi bernombor 21.

3. Hadi Fayyadh

Hadifayyadh

Hadi juga merupakan atlet bola sepak Malaysia yang pernah mencipta nama di luar negara apabila beraksi dalam Liga J2 di bawah kelab Jepun, Fagiano Okayama pada 2019.

Sebelum itu, dia banyak bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia sejak kecil lagi. Menariknya, sebelum bergelar pemain bola sepak profesional, dia merupakan seorang pengutip bola ketika berumur lapan tahun. Namun, disebabkan lompatan tingginya masa kutip bola membuatkan bakatnya disedari oleh Irfan Bakti yang merupakan jurulatih bola sepak di Malaysia.

Bukan tu je, dia juga mendapat perhatian disebabkan ketinggian badannya yang sesuai dijadikan sebagai seorang striker atau ‘target man‘ dalam sukan ini.

Artikel berkaitan: “Steady!” – Kalah 10-0 Dengan Harimau Malaya, Penyokong Papua New Guinea Dipuji Masih Bersemangat

4. Wan Zack Haikal

Zek07.Transformed

Wan Zack Haikal bin Wan Noor yang berasal dari Maran, Pahang telah memulakan kerjaya bola sepaknya dengan menyertai kelab, Felda United FC sebelum dipindahkan ke Harimau Muda yang memenangi Liga Premier pada tahun 2009.

Seperti Hadi, dia juga pernah beraksi dalam Liga Bola Sepak Jepun di bawah kelab FC Ryukyu apabila telah dijemput masuk pada 2013 dengan kontrak selama dua tahun. Kini, dia bermain untuk pasukan negeri Perak setelah dilepaskan oleh Selangor pada 2021. Dalam team ini, dia memegang posisi pemain tengah dan juga penyerang dengan nombor jersinya iaitu 11.

5. Luqman Hakim

20200814 084903

Atlet terakhir ni pula merupakan produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan telah memulakan kerjayanya di Akademi Mokhtar Dahari, Pahang. Dia juga pernah bergelar pemain bola sepak kebangsaan Malaysia apabila memegang posisi penyerang dalam pasukan itu.

Tak cukup dengan tu, dia juga telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab luar negara, K.V. Kortrijk yang merupakan sebuah kelab Divisyen Pertama Belgium. Bakatnya turut dipinjamkan ke kelab Liga Iceland, Njardvík FC selama enam bulan.

Semasa dalam kelab itu, dia telah membuat banyak kemunculan serta menjaringkan beberapa gol dalam saingan liga dan juga Piala Bola Sepak Iceland.

Sumber: Wikipedia

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.