Ramadan dah pun tiba, maknanya Hari Raya Aidilfitri bakal menyusul! Musim perayaan ni, mesti ramai yang dah sibuk buat persiapan raya kan? Tapi kalau korang masih mencari kelengkapan raya, jangan risau sebab…
MyTOWN tahun ini hadir untuk buat persiapan dan sambutan raya korang lebih meriah dengan acara penuh warna di Kaleido Raya Moments 2026!

Kalau korang nak tahu Kaleido Raya Moments dekat MyTOWN ni adalah satu acara khas yang disediakan untuk korang cari kelengkapan raya. Bukan setakat shopping, pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan sepanjang acara berlangsung. Nak tahu apa yang menarik di Kaleido Raya Moments MyTOWN nanti? Jom baca di bawah.
1. Booth perayaan & workshop menarik
Dengan berkonsepkan kaleidoskop, acara ini bakal diserikan dengan hiasan penuh warna-warni yang memukau! Paling mencuri tumpuan, MyTOWN akan menampilkan Rumah Kampung istimewa dengan reka bentuk dalaman ala kaleidoskop menjadikannya spot bergambar yang wajib singgah. Cantik, unik dan confirm Instagrammable.


Selain itu, MyTOWN bakal membawakan pelbagai booth penuh warna warni untuk diterokai. Bermula dari outfit hingga ke makanan raya, semuanya ada! Jadi korang memang tak perlu pening kepala lagi untuk cari kelengkapan raya dekat tempat lain.
Ini antara booth yang bakal ada di Kaleido Raya Moments 2026:
- Siti Khadijah
- Bayu Somerset
- Elrah Exclusive


Dan banyak lagi booth menanti korang di sana!
Datang dengan family dan anak-anak? Ada banyak workshop menarik yang akan dijalankan supaya si kecil tak bosan, sementara korang fokus shopping persiapan Raya. Kalau ibu bapa nak join pun boleh juga tau. Semua workshop ini akan berlangsung di aras bawah berhadapan Charles & Keith bermula 12pm sehingga 8pm.
Antara workshop yang bakal ada di acara nanti:
- DIY Kaleidoscope (14 -15 Mac)

- DIY Suncatcher (21 – 23 Mac)

- DIY Sand Art (28 -29 Mac)

Tak perlu risau kalau nak shopping sampai malam! Korang boleh iftar terus di MyTOWN, kemudian sambung shopping balik. Dengan pelbagai restoran dan booth makanan sepanjang acara, tak perlu pening kepala untuk cari tempat berbuka.
2. Saksikan persembahan & tarian memukau
Tak lengkap rasanya acara Hari Raya tanpa persembahan dan tarian, kan? Di Kaleido Raya Moments nanti, pelbagai persembahan serta tarian tradisional bakal dipersembahkan bagi memeriahkan lagi suasana acara.
Persembahan dan tarian ini hanya ada pada setiap hujung minggu je tau bermula 7 sehingga 29 Mac 2026. Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk hadir dan tonton persembahan dan tarian memukau di Kaleido Raya Moments nanti.
Jom tengok persembahan apa je yang akan ada nanti:
- Tarian Kampung: 2:30 PM (Setiap hujung minggu & Cuti Umum) – Central Town
- Silat Tari: 4:00 PM (Setiap hujung minggu & Cuti Umum) – Central Town
- Dikir Barat: 4:30 PM (Setiap hujung minggu & Cuti Umum) – Central Town
- Zapin: 8:00 PM (Setiap hujung minggu & Cuti Umum) – Sunken Garden


3. Koleksi raya eksklusif
Bagi korang yang kaki shopping jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi raya eksklusif dari MyTOWN. Beli dan kumpul mata ganjaran dan tebus koleksi raya eksklusif seperti:
- Sampul Raya

Belanja minimum RM300 (maksimum 2 resit digabungkan) dan kumpul 290 mata ganjaran untuk menebus sampul Raya Lock Style eksklusif dengan rekaan kaleidoskop yang unik.
- Lampu Meja

Belanja minimum RM500 (maksimum 3 resit digabungkan) dan kumpul 490 mata ganjaran untuk menebus lampu meja lipat yang unik!
- Set Bekas Bekal Makanan & Beg Anyaman

Belanja minimum RM1000 (maksimum 4 resit digabungkan) dan kumpul 990 mata ganjaran untuk menebus set bekas bekal makanan dan beg anyaman yang tersedia dalam 2 warna iaitu coklat dan khaki.
Tempoh ganjaran berlangsung dari 2 hingga 29 Mac 2026. Siap sedia untuk shopping dan bawa pulang koleksi raya eksklusif yang unik dan hanya boleh didapati di Kaleido Raya Moments 2026!
4. Ganjaran lebih berganda
Paling best sekali kalau korang berbelanja di MyTOWN sepanjang Kaleido Raya Moments 2026 berlangsung, korang berpeluang untuk SHOP! SCAN! WIN! Ganjaran berganda habis!
Dengan belanja minimum RM50 di mana-mana outlet MyTOWN dalam satu resit korang berpeluang untuk nikmati ganjaran harian atau menang hadiah utama sebanyak RM60,000!
Selain itu korang juga boleh dapat:
- Ganjaran harian melalui aplikasi MyTOWNKL
- Tebus penyertaan tambahan dengan 50 mata dalam aplikasi MyTOWNKL
- Peroleh 2x mata ganjaran untuk kategori terpilih seperti fesyen, home & living, salon rambut, optikal & pergigian, makanan & minuman
- Kejutan mingguan menanti korang
Tempoh penyertaan bermula 15 Mac sehingga 30 April 2026. Jangan lepaskan peluang untuk sertai mana tahu korang bertuah!
5. Pengalaman istimewa Season & Smiles Pop-Up Studio
Istimewanya Kaleido Raya Moments di MyTOWN, korang boleh bawa satu keluarga untuk ambil gambar Raya di spot cantik yang disediakan, siap diambil oleh jurugambar profesional lagi!
Ini dia cara-cara mudah untuk buat tempahan sesi Season & Smiles Pop-Up Studio:
- Harga bermula dari RM250 (nilai sebenar RM1,500) untuk semua.
Langkah 1: Pra-tempah sesi korang di G-015 (bersebelahan Famsy!), emailkan details korang ke seasons&smiles2025@gmail.com atau WhatsApp ke nombor 012-2507955
Langkah 2: Staff Seasons & Smiles akan memaklumkan langkah pembayaran kepada korang.
Tawaran Istimewa! Tebus 50 mata dalam Aplikasi MyTOWNKL untuk dapatkan satu lagi gambar saiz A4 secara percuma semasa sesi berlangsung!


Senang je kan? Sambil shopping persiapan Raya, korang dah boleh terus selesaikan sesi pre-Raya photoshoot di Season & Smiles Pop Up dan tak perlu lagi pergi ke studio!
Kaleido Raya Moments 2026 akan berlangsung dari 26 Februari hingga 29 Mac, jadi, apa tunggu lagi? Tandakan kalendar korang dan jom raikan bulan penuh makna bersama keluarga di Kaleido Raya Moments 2026 di MyTOWN!
Dari persiapan Raya hinggalah waktu berbuka, setiap detik pasti lebih manis dalam suasana meriah dan penuh kegembiraan bersama keluarga.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Kaleido Raya Moments 2026 di website mereka atau di sosial media
