in

Bugatti Divo : Hanya 40 Unit Di Dunia, Salah Satu Milik Orang Malaysia!

Fi Kete 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mempunyai koleksi kereta mewah memang menjadi idaman ramai orang terutamanya bagi sesiapa yang betul-betul minat dengan kereta ni.



Tapi baru-baru ni, kecoh di media sosial bila gambar-gambar kereta edisi terhad jenama mewah buatan Perancis, Bugatti, menjadi milik seorang rakyat Malaysia dan buatkan orang ramai terpegun.

 

Bugatti Divo… Nilai RM 25 juta

Mesti ramai tertanya, macam mana orang Malaysia ni boleh beli kereta mewah berharga RM 25 juta (harga semasa) dalam musim pandemik Covid-19?

Sebenarnya untuk edisi terhad keluaran Bugatti kali ini, individu tersebut telah ‘dipilih’ sendiri oleh pihak Bugatti bagi sesiapa yang layak sejak tahun 2018 lagi. Terkejut ke? Betullah apa korang baca tu.

Untuk makluman, Bugatti Divo ni hanya ada 40 unit saja di dunia dan ia hanya ditawarkan kepada sesiapa yang memiliki model Bugatti Chiron keluaran sebelum ini dan salah seorangnya adalah rakyat Malaysia tersebut.

Apa yang lagi mengejutkan, kesemua unit Bugatti Divo telah habis dijual dalam masa sehari sebelum pelancaran perdana kepada umum pada 24 Ogos 2018 lalu dan dia merupakan salah seorang yang terpilih.

 

Siapakah dia? 

Kete 1

Mesti ramai tertanya kan siapa pemilik kereta ni? Beliau ialah Chin Jit Pyng atau lebih dikenali sebagai JP Chin dan memiliki beberapa perniagaan sektor penting dalam dan luar negara sejak tahun 1980an lagi. Tak peliklah kalau dia boleh beli dua buah kereta Bugatti itu.

Pada September 2019 lalu beliau mereka telah terbang ke Eropah untuk melawat beberapa tempat sempena acara-acara automotif yang berlangsung serentak ketika itu. Setelah hampir sepuluh hari di sana, beliau telah berkongsi gambar spesifikasi kereta Bugatti Divo yang telah siap ‘spec’ (ubahsuai) tidak banyak jauh beza dari model yang digunakan semasa hari pelancaran.

Kereta ini sekarang berada di sebuah fasiliti ruang simpanan kereta mewah di Singapura. Tapi hanya pemilik yang menyimpan kereta di sini sahaja yang boleh masuk ke ruang simpanan tersebut. Ekoran pandemik COVID-19, pemilik kereta ini tak boleh ke Singapura untuk bersama-sama ‘unboxing’ kereta miliknya. Kita selalu unboxing barang beli online je

 

Plan jangka masa panjang

Mungkin ada yang berfikir, ianya satu pembaziran sebab sanggup belanja lebih dari RM20 juta untuk kereta yang tak sesuai dengan persekitaran di Malaysia. Tapi ramai tak tahu, sebenarnya harga masa dibeli dulu adalah sekitar RM23.8 juta dan kini ia meningkat sebanyak RM1.2 juta.

Tambahan lagi, kereta ni bukanlah untuk tujuan penggunaan harian, tapi lebih kepada sebuah pelaburan jangka masa panjang dalam kalangan private collector di dunia.

Sumber : AUTOMOTIF, DSF. Instagram : vocketcarclub, jpm_museo

 

Baca : “Borong motor sudah biasa” – Sekampung Borong Kereta Mewah Lepas Dapat Wang Pampasan Dari Syarikat Minyak

Foot Kete 1

Sumber: DSF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.