in

Budak46 Jelaskan Sumber Pendapatan, Bigo, Instagram & Youtube Jadi Penyumbang Utama

cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Budak46 atau nama sebenar pemuda ini, Muhammad Ammar Zulkha bukanlah nama yang asing lagi buat pengguna media sosial. Mula popular di aplikasi TikTok, Budak46 ialah individu yang mempopularkan tarian ‘slowmo’ secara manual.

Baru-baru ini, Ammar ada menerima soalan daripada peminatnya menerusi aplikasi TikTok.


“Budak46 kerja apa sekarang?”

Kebiasaannya, kita akan cuba untuk berahsia tentang pekerjaan dan sumber pendapatan memandangkan ia adalah hal peribadi. Namun, Ammar kekal tenang melayani peminatnya dengan jawapan yang jujur. 

@budak46.__

Reply to @raqin_rafiqi

♬ original sound – BUDAK 46 – BUDAK46

Jelas Ammar, kini dia hanya bekerja di dalam media sosial sahaja. Tiga media sosial utama yang digunakan untuk menjana duit adalah Bigo, Instagram dan Youtube.

Di Instagram, Ammar membuat servis iklan berbayar untuk mereka yang mahu mempromosikan produk atau bisnes. Untuk Bigo pula, Ammar juga menjelaskan aplikasi itu mampu untuk memberikan duit dengan hanya melakukan live.

umur budak 46

Umum mengetahui, Youtube juga mampu memberikan pulangan duit jika jumlah tontonan mencapai piawaian yang ditetapkan. Itu belum dicampur dengan iklan berbayar yang diterima.

Siapa sangka, dengan menggunakan media sosial sahaja anda mampu untuk menjana pendapatan yang banyak. Semoga Ammar terus sukses dengan kariernya.

BACA: Ikut Trend TikTok Tak Pakai Bra, Sekumpulan Gadis Berhijab Indonesia Dikecam Netizen

cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.